Ibu Belanja Satu Sekolah Jamuan Makan Sempena Tamat Sesi Persekolahan Anak
Wah seronoknya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang ibu berkongsi rezeki menaja jamuan makan sempena tamat sesi persekolahan anak-anaknya baru-baru ini
Menerusi perkongsiannya di TikTok, wanita itu berkata perkara yang dilakukannya itu juga adalah sempena hari lahir anaknya.
"Mommy belanja katering MB satu sekolah & sempena birthday Hafiy dan Hafiq mommy siapkan goodies untuk semua kawan kawan satu sekolah.
"Ya Allah seronoknya tengok anak-anak ini. Nikmat apa yang nak didustakan atas rezekimu ini. Dapat tengok orang sekeliling gembira pun dah bersyukur sangat dah," tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsiannya di Threads telah mendapat perhatian ramai apabila ramai memuji tindakan wanita berkenaan
Ramai di antara mereka memberi pujian dan mendoakan wanita itu terus murah rezeki.
Berikut di bawah adalah antara komen yang diberikan netizen:
Sebelum ini, wanita itu juga pernah tular memberi hadiah kepada semua rakan sekelas anaknya termasuk guru kelas pada hari akhir persekolahan
Menurut Nur Ashikin, anaknya mahu menghadiahkan sesuatu kepada semua rakan sekelas termasuk guru kelas pada hari akhir persekolahan.
Dia dan suaminya mencari barangan yang sesuai dijadikan hadiah sebagai tanda ingatan apabila anak mereka tidak belajar di sekolah itu lagi.
Kira-kira 20 murid sekelas mendapat hadiah Smiggle, manakala guru kelasnya mendapat hadiah barangan jenama Kate Spade.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!