seismik

Murid Beri Hadiah Smiggle, Kate Spade Buat Semua Rakan & Guru Kelasnya Tanda Perpisahan

Wah, beruntungnya jadi rakan dan guru kelas adik ini.

Cover image via @nurashikindin (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan seorang murid darjah 3 di sebuah sekolah mencuri perhatian warganet apabila memberi hadiah barangan berjenama kepada rakan-rakan dan guru kelasnya

Menerusi perkongsian video TikTok @nurashikindin, anaknya mahu menghadiahkan sesuatu kepada semua rakan sekelas termasuk guru kelas pada hari akhir persekolahan.

Menurut Nur Ashikin, beliau dan suaminya mencari barangan yang sesuai dijadikan hadiah sebagai tanda ingatan apabila anak mereka tidak belajar di sekolah itu lagi.

Kira-kira 20 murid sekelas mendapat hadiah Smiggle, manakala guru kelasnya mendapat hadiah barangan jenama Kate Spade.

“Terima kasih abang. Nanti di sekolah baru abang jaga adik- adik ya. Hafiy & Hafiq akan sekolah sama dengan abang. Sama-sama pakai jubah.

“Hafiz Harith officially signing off sekolah kebangsaan,”
ujar Nur Ashikin.

Difahamkan, murid lelaki darjah tiga itu bakal berpindah dari sekolah kebangsaan ke sekolah Islam integrasi

Dalam pada itu, posting video itu kini telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan di TikTok. Ramai warganet tersentuh melihat murid lelaki itu hadiahkan barangan berjenama sebagai tanda ingatan.

Malah, ada di antara mereka juga mendoakan kesejahteraan dan dimurahkan lagi rezeki kedua ibu bapa murid tersebut kerana sudi berkongsi rezeki bersama orang lain.

Berikut di bawah antara komen menarik warganet di TikTok:

Tonton video penuh berkenaan di bawah:

@nurashikindin Perpisahan Abg Hafiz Harith dengan kawan-kawan sekolah dia . Dia request nak bagi hadiah untuk kawan kawan dia. Momydady turuti je. Sebak , sedih kami laki bini haa. Memori bersama selama 3tahun akhirnya berakhir. Harith banyak kali cakap tak nak pindah sekolah tapi dia tahu momydady nak yg terbaik untuk dia. Terima kasih abg. Nanti di sekolah baru abg jaga adik- adik ya. Hafiy & Hafiq akan sekolah sama dengan abg. Sama2 pakai jubah Hafiz harith officially signing off sekolah kebangsaan. #sekolahakhirtahun #tahun3 memoritercipta.NurLiyanaSyarina. - nur liyana syarina

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: