seismik

Cikgu Kongsi Panduan Buat Ibu Bapa 'Newbie' Yang Mahu Anak Menjadi Antara TP6 Di Sekolah

Semoga bermanfaat untuk semua.

Cover image via Mahfodz WAn (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) atau dulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) adalah satu proses pentaksiran yang berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran

Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid. PBD diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas peperiksaan wajib seperti UPSR dan PMR dimansuhkan.

Tujuan utama PBD adalah untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran dan membantu guru dalam meningkatkan pengajaran mereka.

Ia bukan bertujuan untuk membandingkan murid satu sama lain. Maklumat yang diperolehi dari PBD digunakan oleh guru untuk merancang tindakan susulan yang sesuai bagi membantu perkembangan pembelajaran murid.

Mata pelajaran yang terlibat dalam PBD merangkumi semua mata pelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Terdapat enam tahap penguasaan dalam TP PBD (TP1 hingga TP6), dan setiap tahap menggambarkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran tertentu. 

Tahap-tahap ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang dinyatakan dalam kurikulum:

TP1: Tahap penguasaan pertama, di mana pelajar mula memahami perkara asas atau dapat melakukan kemahiran asas.

TP2: Pelajar mula menunjukkan kefahaman dan boleh menjelaskan perkara yang dipelajari.

TP3: Pelajar tahu, faham, dan boleh melaksanakan tugas dengan menggunakan pengetahuan mereka.

TP4: Pelajar boleh melakukan perkara dengan adab baik, mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.

TP5: Pelajar boleh melakukan perkara dengan adab terpuji dalam situasi baharu.

TP6: Pelajar boleh melakukan perkara dengan adab mithali, bersikap kreatif, dan inovatif.

Pelaporan tahap pencapaian murid dalam PBD dilakukan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel. Laporan ini disampaikan kepada murid dan ibu bapa sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Cikgu kongsi panduan untuk ibu bapa 'newbie' bagi polish anak mereka untuk menjadi antara TP6

Tular baru-baru ini, sebuah posting di Facebook yang memaparkan panduan untuk ibu bapa ‘newbie’ bagi polish anak mereka untuk menjadi antara TP6 oleh seorang guru di sebuah sekolah yang dikenali Cikgu Mahfodz WAn.

Menurut guru berkenaan, beliau berkongsi beberapa panduan buat ibu bapa yang boleh ikuti jika mahu anak-anak mereka tergolong dalam kalangan TP6:

Ikuti perkongsian Cikgu Mafodz WAn di bawah:

1. Ada antara murid saya di sini dari TP4 dan melangkah ke TP5 & 6, dan ada dalam kalangan mereka, was born and raised as TP6.

2. Diaorang ini ada yang introvert dan extrovert dan even extra introvert. Kami guru-guru bila meletakkan TP5 or 6, kami tak tengok ya intro extro. Bukannya nak menilai character 100%. Kita menilai macam mana dia develop potential dia melalui development of the character. Kami guna DSKP. Ada kriteria. Lawa punya. Dont worry.

3. For English, aku tak minat bagi homework. Sebab diaorang kat rumah ada life diaorang. Year 6 ini waktu muda remaja, kena tidur cukup, kalau tak jerawat penuh. So, sebab tak bagi homework, classroom project semua hantar dekat class. Semua present dekat class. Dalam google classroom bersepah. Email semua hantar on time. Tak hantar? Haaaa ada record, bersedialah nanti.

4. Introverts yang dapat TP6 ini kalau takda apa nak buat, dia cari benda nk buat. Dia bukan jenis tin kosong, layan perasaan menyorok tepi kelas. Baca buku, buat nilam, buat posters baru guna canva, even knitting. Yes knitting. Tapi tup-tup bagi project essay settled, bagi project presentation, dia present tanpa tolak-tolak walaupun english version kelate. Tapi tu lah, time tu sahaja dia bercakap. among their friends pun dia tak bagitau pape tau. So tak payah tanya apa perkembangan kawan-kawan dia, dia tak akan amik port.

5. Extroverts - ya Allah yang ini tak payah cakap. Extroverts TP6 ini juara segalanya. Pergi group mana, discussion mana dia suka. Bagi project apa dia suka. And dia perform. Suruh tolong siapa-siapa selesaikan masalah project, dia akan tolong sebaik mungkin. Ada character ada teladan dalam diri dia. Dan dari year 4 aku start ajar diaorang, memang ada dalam diri diaorang dipasakkan dalam hati, aku kena jadi teladan yang baik. Yang kurang perform, tapi masih bersemangat untuk perform dalam golongan TP5. Tiada beza sangat pun diaorang ini. Maybe structure masa productive skills; speaking and writing tak berapa up to the standard of TP6. Receptive macam listening and reading masih on par with TP6.

6. Di luar class - haaa yang ini tiada kaitan dengan penilaian aku dalam kelas. Ada PAJSK kan. Gasakla korang dekat situ. Tapi bangsa TP5 & TP6 ini dia secara semulajadi tak puas weh dalam kelas. Petik ada audition drama ke, choral speaking ke, mesti ada muka dia. Jenis yang intro plak, untuk audition scrabble ke muncul lah dia. They know their potentials and dekat mana nak channel potentials tu. Independently. Dari year 1-3. Tu lah sebab kadang-kadang parents tak tahu pun anak dia masuk scrabble dah sampai kebangsaan. Sebab dia pun tak akan cerita sesen pun dekat mak bapak dia apa jadi dekat sekolah tu. Pun dah ada budak macam ini. Parents pun tak paksa ya. Nak masuk diaorang hantar. Tak nak masuk tak apa. Yang penting SANGGUP hantar.

7. And aku duduk observe la jenis parents TP6 ini diaorang tak pernah bagi reason kat group kelas ‘Tak hadir urusan keluarga’ , ‘Tak hadir pergi bercuti bersama keluarga’ ‘ikut ibu bapa balik kampung’. Ya parents jenis letak education no 1. Bukan holiday no 1 konon untuk menjaga mental health.

Tambah Cikgu Mahfodz WAn lagi, bagi ibu bapa yang mahu mengeluh tentang anak mereka, dia menasihatkan supaya bermuhasabah diri terlebih dahulu.

"Sebab yang membentuk anak-anak di sekolah, character dia adalah berdasarkan character kita. Setakat ini bila tengok anak TP6, usually parents pun TP6. Dan semua anak-anak dia jenis TP6. Happy parenting newbies!

"My dear year 6 students. The very last day has come. It is real now. Bon voyage. Pemusafiran dalam kehidupan ini takkan berakhir sehingga ketentuanNya. Jadi teruskan berjuang," kongsinya.

Lihat posting penuh berkenaan di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: