Khairul Aming Cipta Rekod 80,000 Dendeng Nyet Berapi 'Sold Out' Dalam Masa 3 Minit 39 Saat
Sebanyak hampir RM1.2 juta hasil jualan berjaya diraih dalam kurang 4 minit itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh media sosial, Khairul Aming hari ini mencipta sejarah apabila berjaya mencatat angka jualan lebih RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat
Malah rekod baharu juga tercipta apabila dia berjaya mendapat hasil jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop Malaysia.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming bagaikan tidak percaya kerana 80,000 unit produk tersebut terjual dalam tempoh yang singkat.
Menawarkan sebanyak 80,000 pek Dendeng Nyet Berapi dengan harga RM14.99 bagi setiap satu pek, siapa sangka jualan yang berlangsung di platform TikTok beliau ini hanya mengambil sepantas 3 minit 39 saat untuk kesemua stok beliau habis terjual.
"We did it guysss. Jualan RM 1.2 juta terpantas di TikTokShop Malaysia. Total 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi telah sold out dalam masa 3 minit 39 saat and i cant thank you enough for the support dari 3 tahun lepas. Terima kasih guysss," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!