#AJL39: Hafiz Suip Terima Tekanan Dari Peminat Untuk Kalahkan Aina Abdul & Ernie Zakri
AJL 39 bakal berlangsung kurang sebulan sahaja lagi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kembali ke pentas AJL 39 dengan lagu Terus Bersinar, Hafiz akui terima tekanan untuk menandingi Aina Abdul dan Ernie Zakri
Ketika ditemui di sesi Mega Live AJL 39 malam tadi, Hafiz memberitahu kembalinya dia ke pentas AJL, dia akui mendapat sedikit tekanan daripada suara-suara peminat yang berharap dia untuk mengalahkan peserta lain seperti Aina Abdul dan Ernie Zakri
Selain itu, Hafiz juga memberi bayangan bahawa dia akan memberi kelainan yang tersendiri dalam membawa lagu Terus Bersinar di pentas akhir AJL 39.
"Kali ini saya buat something yang tak minimalis, selalunya saya buat yang minimalis, dan sesuatu yang saya sendiri tak pernah buat.
"Diorang pressure saya dengan kata Hafiz, kau kalahkan Ernie, kau kalahkan Aina, kau kalahkan semualah artis yang diorang sebut.
"Tetapi saya ambil itu positif, bagi saya itulah kemeriahan AJL di mana itulah pertandingan secara sihat dan inilah kerinduan yang saya rasa," katanya.
Dalam pada itu, Hafiz turut mendedahkan bahawa dia sedang dalam proses perceraian dengan isterinya
Hafiz memberitahu apa yang sedang dijalaninya sekarang sudah pasti memberi kesan kepada anak-anaknya.
"Saya tidak mahu menggunakan ayat klise. Sudah tentu dalam hal ini anak- anak akan terseksa. Saya sudah pun berterus terang dengan mereka kerana lambat-laun mereka pasti akan tahu.
"Apa yang boleh saya katakan, doakan yang baik-baik dan saya nak anak-anak tahu yang saya masih lagi bapa mereka dan saya sangat menyayangi mereka.
"Jika apa-apa berlaku kepada mereka, saya sanggup lakukan apa sahaja.," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!