Klang Lagi Selamat Dari KL, Penang Tersenarai Sebagai Bandar Paling Selamat Di Malaysia
Biar betik!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bandar Klang kini menjadi bandar yang lebih selamat daripada Kuala Lumpur
Berdasarkan statistik yang disediakan oleh NUMBEO, crime index mengikut bandar melihatkan kadar jenayah di Klang adalah lebih rendah daripada Kuala Lumpur.
Menurut statistik tersebut, Kuala Lumpur berada di kedudukan 313 dunia berbanding Klang yang dilihat lebih selamat berada di kedudukan 275 dunia.
Pulau Pinang berada di kedudukan ke-77 dunia menjadikan ia bandar yang paling selamat di Malaysia
Pulau Pinang dilihat menjadi bandar yang paling selamat dengan crime index paling rendah berbanding empat bandar lain di Malaysia dalam statistik ini.
Bandar kedua paling selamat adalah Johor Bahru yang berada di kedudukan ke-226 dunia.
Dalam pada itu, Abu Dhabi dilihat sebagai bandar paling selamat apabila berada di kedudukan pertama dunia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!