Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Ada Plan Nak Buat Outdoor Wedding?" - Ini Perkara Yang Anda Perlu Ambil Tahu

Tambah pula dengan cuaca di Malaysia.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis perkahwinan merupakan perkara paling penting buah bakal pasangan yang mahu berkahwin

Pada masa inilah mereka akan diraikan dalam satu majlis yang terdiri daripada tetamu seperti ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara yang jauh.

Malah, pada zaman sekarang amat mudah bagi bakal pengantin kerana mereka boleh memilih tema majlis mengikut citarasa sendiri.

Hal ini termasuklah perkahwinan bertemakan 'outdoor' yang kini semakin mendapat permintaan ramai.

Tidak dinafikan, outdoor wedding memang best dan cantik, tetapi anda berkemungkinan menghadapi beberapa masalah.

1. Cuaca tidak menentu

Image via Ocean Clock

Cuaca di Malaysia sukar untuk diramal. Ia boleh bertukar menjadi cerah kepada hujan lebat dalam sekelip mata sahaja.

Bagaimanapun, lain pula jika anda berkahwin di tempat lebih sejuk seperti di Cameron Highlands, kerana tetamu mungkin berhadapan dengan cuaca yang agak panas dan hujan berpanjangan.

Ia mungkin boleh menganggu persiapan perkahwinan anda contohnya seperti pemasangan khemah, kerusi meja, pelamin dan sebagainya.

2. Berhadapan dengan serangga

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sehat Negeriku

Membuat majlis perkahwinan secara outdoor, anda juga perlu bersedia menghadapi kedatangan serangga, tambahan lagi jika anda meraikannya di kawasan yang penuh kehijauan.

Anda mungkin berdepan masalah seperti kehadiran semut, malah nyamuk yang mungkin membuatkan tetamu lain kurang selesa. Jadi, ia amat penting untuk anda betul-betul memilih lokasi majlis outdoor anda.

3. Fabrik pakaian

Gambar sekadar hiasan.

Image via Nikah Satu

Seperti yang kita tahu, cuaca di Malaysia ini panas dan ia makin bertambah panas jika pakaian kita tidak sesuai dengan cuaca. 

Berbeza dengan pengantin mereka memang perlu memakai pakaian rasmi dan fabriknya akan menyebabkan mereka tidak selesa terutama sekali jika membuat majlis perkahwinan outdoor

Namun, rasa itu pasti menghilang sebaik sahaja anda melihat pasangan anda, dihadiri pula dengan tetamu yang meraikannya.

4. Keselesaan untuk semua tetamu

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pesona Pengantin

Meskipun perkahwinan dalam taman adalah tema yang indah, tetapi ia mungkin tidak sesuai bagi tetamu anda yang lain terutamanya ahli keluarga yang lebih tua.

Keadaan cuaca yang panas, tanah yang tidak rata dan kekurangan tempat teduhan boleh memberi ketidakselesaan buat sesetengah tetamu, terutamanya mereka yang berada di bawah sinar matahari untuk tempoh yang lama.

5. Hiasan mungkin tidak kekal

Gambar sekadar hiasan.

Image via Outer Bloom

Walaupun perkahwinan taman sering digambarkan sebagai konsep yang indah dan cantik, tetapi realitinya mungkin boleh jadi berbeza. 

Antaranya jika anda menggunakan bunga sebagai dekorasi kerana bunga mungkin layu dalam keadaan panas.

Malah, alas meja pula mungkin boleh melekat pada lengan anda yang berpeluh dan lilin mungkin ditiup angin. Perkara yang kelihatan sempurna dalam gambar kebiasaannya tidak selalu sesuai dengan elemen luar.

*Semua yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak menggambarkan dasar atau pendirian rasmi SEISMIK.

Tapi, kalau betul nak buat outdoor wedding tak salah pun, asalkan anda dan pasangan happy :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment