seismik

[VIDEO] Wanita Kongsi Guna WiFi Di Tempat Awam Sebenarnya Berisiko Tinggi Untuk Kena Hack

Take note guys!

Cover image via @sarahcybersec (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ada di antara kita gemar untuk menggunakan WiFi percuma jika berada tempat yang menyediakan kemudahan ini bukan?

WiFi merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar menerusi WLAN iaitu Wireless Local Area Network.

Tidak dinafikan, dengan adanya penyambungan WiFi, internet kita akan lebih laju dan mudahkan melayari laman web.

Apatah lagi jika pada masa itu internet atau hotspot kita pula buat hal kan? Memang WiFi lah penyelamatnya.

Namun, tahukah anda sebenarnya penyambungan WiFi awam berisiko untuk anda di hack?

Berisiko untuk di hack jika anda kerap guna WiFi di tempat awam

Menerusi video di akaun TikTok @sarahcybersec, kelihatan wanita itu berkongsi antara risiko jika anda melayari WiFi di tempat awam.

Menurutnya, ia agak berisiko dan boleh menyebabkan akaun anda boleh di hack. Dia juga memberitahu jika anda tidak menggunakan VPN (Virtual private network) atau rangkaian persendirian maya, kebanyakan hacker boleh menggodam anda.

"Kalau mangsa tak gunakan VPN, most likely hacker tu akan dapat sniff data si mangsa. Segala aktiviti mangsa terutamanya website Http berisiko untuk dicuri oleh si hacker termasuklah username dan password," katanya.

Tambahnya lagi, perkara ini boleh berlaku disebabkan hacker tersebut turut berada di dalam WiFi sama.

Lihat video di bawah:

@sarahcybersec Hahhh bahaya kan klau kita tk guna public wifi dgn cara yg betul? Stay safe semua kecuali yang pernah menyakitkan hati saya #cybersecurity #awareness #tips original sound - Maisarah

Nak connect Wifi boleh, tapi jangan gunakan untuk akses maklumat peribadi anda okay!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: