Tiada Kaitan Owner Lama, Bekas Restoran Pempengaruh Kini Berwajah Baharu & Tukar Hak Milik
Semoga perniagaan terus maju.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nama pempengaruh Malaysia yang tinggal di Korea Selatan iaitu Kim Seri menjadi bualan hangat di media sosial semenjak kebelakangan ini
Hal itu kerana ramai mendakwa mereka telah ditipu selepas menggunakan perkhidmatan melancong dibawahnya.
Lebih membuatkan ramai marah, Kim Seri didakwa melakukan 'penipuan' sehingga ada yang tersadai dan tidak dapat pulang ke Malaysia kerana tidak diberikan tiket penerbangan balik.
Namun, beliau telah menjelaskan isu tersebut dalam siaran live di TikToknya dan memberitahu akan membuat bayaran balik kepada mangsa-mangsa yang terjejas.
Dia juga mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca utama pelbagai masalah timbul.
Susulan itu, dia memberitahu bahawa restoran terbabit bukan lagi miliknya dan sudah ditukar nama yang akan diusahakan oleh pemilik yang baharu.
Individu tampil kongsi nama restoran baharu
Menerusi ciapan di laman X @loeykinn, seorang individu berkongsi nama baharu bagi restoran yang sebelum ini diusahakan oleh pempengaruh terbabit.
Dia meluahkan rasa syukurnya selepas urusan pemindahan milik premis telah dipermudahkan dan berterima kasih kepada pemilik premis kerana membantu.
Menurut individu itu, dia kini sedang memperbetulkan salah faham yang berlaku pada restoran berkenaan dan membersihkan kembali nama restoran tersebut.
"Alhamdulliah, bila you tak salah guna kan peluang yang ada, Allah sentiasa bantu untuk orang yang baik baik. Owner building pun turun membantu walaupun tiada kaitan. Time to clearkan all misunderstanding and bersihkan nama semula, fighting for my friend!," tulisnya.
Beritahu pemilik lama tiada kaitan dengan restoran yang baharu
Individu itu memaklumkan bahawa pembukaan restoran baharu ini tidak ada kena mengena langsung dengan pemilik lama restoran berkenaan selepas didakwa mempunyai masalah dengan bayaran-bayaran bil serta gaji pekerja di situ.
Tambahnya, restoran tersebut telah berjaya dibuka pada Julai 2023 oleh kerana budi bicara 'permanent resident’ di Korea yang memberikan kelayakan kepada pemilik lama untuk membuka premis berkenaan.
Hal ini telah menjadi isu kerana sepatutnya pemilik lama tidak boleh untuk membuka restoran tersebut memandangkan dia adalah seorang pemegang visa pelajar. Walau bagaimanapun, kepercayaan terbabit telah dimusnahkan sendiri oleh pemilik lama.
"Setelah kepercayaan diberikan, banyak damage yang telah dilakukan, pemilik sekarang langsung tiada kena mengena dengan apa-apa perjanjian antara pemilik lama dengan para pelabur. Dan wang-wang dari pelabur bukan lah masuk di akaun pemilik baru. Serta banyak lagi perkara yang harus diluruskan sekarang," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!