seismik

Individu Dedah Senarai Hutang Kim Seri Cecah Hingga RM600K, 28 Orang Masih Tunggu Refund

Harap ada penyelesaian mengenai isu ini.

Cover image via @snbmy (Threads) & kimseri_eina (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama pempengaruh Malaysia yang tinggal di Korea Selatan iaitu Kim Seri sekali lagi menjadi bualan selepas isu dia didakwa menipu duit pelancong

Ia menjadi semakin hangat apabila ramai individu yang berkongsi telah ditpu selepas mereka menggunakan perkhidmatan melancong dibawahnya.

Lebih membuatkan ramai marah, Kim Seri didakwa melakukan 'penipuan' sehingga ada yang tersadai dan tidak dapat pulang ke Malaysia kerana tidak diberikan tiket penerbangan balik.

Mangsa dedah nama-nama yang Kim Seri hutang cecah hingga RM375,000

Menerusi ciapan di Threads, seorang individu yang merupakan mangsa kepada Kim Seri berkongsi nama-nama mangsa yang didakwa ditipu oleh Kim Seri.

Di dalam senarai berkenaan, individu itu memberitahu bahawa pempengaruh tersebut telah berhutang dengan 28 orang individu dan jumlahnya mencecah sehingga RM375,310.00.

Lihat ciapan di bawah:

Perkara terbabit telah membuatkan netizen terkejut dan mengecam pempengaruh tersebut dengan berharap agar mangsa-mangsa yang ditipu dipulangkan kembali wang mereka.

Malah, ada juga mengatakan bahawa Kim Seri yang dahulu kontennya mendapat pujian ramai kini bertukar menjadi cercaan orang ramai selepas mereka menggunakan servis perkhidmatan pelancongannya.

Dalam satu ciapan lain di laman X, difahamkan isu mengenai Kim Seri telah tular sehingga mendapat perhatian kepada penduduk di Korea Selatan.

Di dalam ciapan itu, individu terbabit memberitahu bahawa sebenarnya Kim Seri didakwa telah berhutang dengan ramai lagi orang yang dianggarkan mencecah RM600,00.

Lihat ciapan di bawah:

Kim Seri tampil akan buat proses pemulangan refund kepada mangsa terjejas

Dalam pada itu, pempengaruh berkenaan menerusi Instagram Story miliknya memberitahu bahawa dia akan membuat pemulangan duit kepada individu yang berkaitan pada pukul 4 petang hari ini.

Banyak tu duitnya, harap Kim Seri tampil berikan penjelasan mengenai isu ini

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: