Adik Beradik Selamatkan Budak Sesat Di Mall, Ramai Sebak Lihat Reaksi Ibu Bila Jumpa Anak
Alhamdulillah. Nasib baik jumpa balik dengan mak dia.
Hilang anak di pusat beli-belah sudah tentu akan membuatkan ibu bapa trauma setiap kali membawa mereka keluar
Tidak dinafikan, bukan mudah untuk menjaga anak yang ramai apabila membawa mereka berjalan. Tambahan pula, jika anak kita lasak dan suka berlari ke sana sini. Pantang leka sikit, tahu-tahu dah hilang atau sesat.
Namun, sebuah video yang tular baru-baru ini di laman TikTok memaparkan kebaikan dua beradik yang menyelamatkan seorang budak perempuan sesat di shopping mall telah mengundang sebak ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Datang mall sebab nak beli face mask je, sekali terjumpa budak tengah nangis sebab sesat
Menerusi video berdurasi 2 minit 59 saat yang dimuat naik oleh @sharifah.azhar, kelihatan dia dan adiknya sedang berada di IOI Mall.
Dia yang pada awalnya hanya mahu singgah sebentar di situ untuk membeli face mask tiba-tiba terjumpa seorang budak perempuan yang sesat. Adiknya pantas mendukung budak itu yang berlari-lari sambil menangis kerana tidak jumpa ibunya.
Mereka dilihat bersungguh-sungguh membawa budak itu ke setiap tempat untuk mencari ibunya. Malah, mereka siap memujuk budak itu dengan membelikan air untuknya supaya dia lebih tenang.
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
Tidak lama selepas itu, mereka berjaya menemukan budak itu dengan ibunya di depan entrance Lotus's. Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila ibunya menangis sambil memeluk anaknya itu kerana risau si anak dibawa lari oleh orang jahat.
Ibunya sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menyelamatkan anaknya yang sesat itu.
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
"Allahu, sebaknya part mak dia nangis tu. Thank you dik, you did a great job" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih 1.4M tontonan, 156.9K tanda suka serta 2K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut berasa sebak melihat reaksi ibu budak perempuan itu selepas berjumpa semula. Ramai yang faham bagaimana rasanya apabila hilang anak secara tiba-tiba seperti itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
Image via @sharifah.azhar (TikTok)
Ibu mana yang tak nangis bila anak hilang. Kita tengok pun automatik keluar air mata ni :'(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment