x

seismik

Tengok Perlawanan Bola Sepak Live, Pemuda Terkejut Nampak Girlfriend Dengan Lelaki Lain

Alamak, dugaan berat ni.

Cover image via @kacuxhermawan (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam hubungan percintaan, pertunangan ataupun perkahwinan, kesetiaan adalah kunci utama untuk mengekalkan kebahagiaan antara pasangan

Jika salah seorang mula bermain kayu tiga, memang tidak ke manalah hubungan tersebut. Seperti sebuah video yang kecoh di media sosial baru-baru ini apabila seorang pemuda mendapat tahu teman wanitanya kantoi curang telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kacuxhermawan setinggi tingginya bango terbang pasti ujung ujungnya jadi kecap#persik Tak Ingin Usai - Keisya Levronka

Tengah tengok perlawanan bola sepak live di rumah, sekali ternampak teman wanita duduk atas riba lelaki lain

Menerusi video yang dikongsi oleh @kacuxhermawan, kelihatan pemuda itu sedang menonton siaran langsung perlawanan bola sepak di rumahnya.

Namun, apa yang membuatnya terkejut adalah apabila jurukamera kebetulan merakam gelagat teman wanitanya yang berada di kerusi penonton bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Lebih menyedihkan lagi, dia tidak sangka kekasihnya itu siap duduk di atas riba lelaki berkenaan. Pemuda berkenaan sempat mengucapkan terima kasih kepada page di Facebook yang menayangkan live perlawanan bola sepak itu.

Dia memberitahu sekiranya tiada live tersebut, pasti dia tidak tahu tentang kecurangan teman wanitanya.

"Sabar bang, abang orang beruntung la tu sebab belum jadi bini dah tunjuk perangai sebenar dia. So bersyukur la" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 7.7M views, 204.1K likes dan 7.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat untuk pemuda itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sampai hati girlfriend dia curang. Kantoi pula tu. Bertabahlah bang :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: