Adik Kerap Hilang Jam 1 Pagi, Abang Siasat Rupa-Rupanya Dirogol Lelaki Di Kebun Sawit
Lelaki tersebut telah direman seminggu.
Baru-baru ini, kita telah digemparkan dengan berita kejadian rogol yang melibatkan remaja berusia 14 tahun
Kejadian tersebut berlaku di Muar. Pada awalnya abang mangsa merasa pelik kerana mangsa selalu menghilang pada jam 1.30 pagi.
Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata abang mangsa bertindak menyiasat dan akhirnya mengetahui adiknya melakukan hubungan seks dengan suspek.
Susulan itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bukit Kepong kelmarin berhubung kejadian tersebut.
Image via mStar
Suspek membuat temujanji dengan mangsa sejak bulan Mac yang lalu
Suspek berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah restoran makanan segera itu difahamkan menunggang motosikal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Bukit Kepong untuk merogol mangsa di belakang sebuah rumah.
Lelaki itu juga sanggup berulang-alik sejauh 300 kilometer semata-mata mahu melakukan perbuatan terkutuk dengan remaja berumur 14 tahun itu.
“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sejak Mac lalu dan kali terakhir bulan lalu.
“Daripada maklumat diterima suspek akan menghubungi mangsa terlebih dahulu sebelum mereka berjumpa di kebun sawit terletak belakang rumahnya,” kata Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suspek kini telah ditahan dan direman seminggu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment