seismik

Selamba Ambil Gambar Budak Bermain Di Taman, Wanita Risau Kelakuan Aneh Lelaki Ini

Ibu bapa perlu lebih peka.

Cover image via @asmaihsan89 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa yang memiliki anak sudah pasti menginginkan keselamatan mereka terjamin walau berada di mana pun

Ia termasuklah di tempat awam seperti taman permainan. Kebiasaannya, ibu bapa membiarkan anak-anak bermain sambil menunggu di tempat duduk yang disediakan. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan kelakuan aneh seorang lelaki di taman permainan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@asmaihsan89

nak kata mata aku salah xkot, sbb aku pehati lama dah bukan seminit dia snap sana sini gmbar budak² xkan semua budak² tu anak dia eh, tiber dia snap gambar anak aku terus aku rekod dia lps tu dia benti n blah dr situ heran betul, nie kalau laky aku ada dah kena dah nie aku nk g sergah tadi tapi mikir aku ngn anak³ semua girls seram laa plak lagipun kat situ mak ayah buat xtaw jer pelik jugak kalau mata aku salah, sorry laa bro ye tapi mata aku masih clear xrabun ishhh xpuashati sampai sakit kepala aku denyut dk mikir kejadian tadi #aeondatoonn #aeondatoonnjb

Dj Tang Tang Tang - Sanxanex

Selamba ambil gambar budak di taman permainan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di kawasan permainan sambil memegang telefon bimbitnya. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia dilihat merakam dan mengambil gambar budak yang berada di situ. Kelakuannya yang aneh telah dirakam oleh salah seorang ibu daripada kanak-kanak di situ.

"Tak tahu apa masalah dia snap gambar budak-budak test camera hp baru ke?," tulisnya.

"Ada gambar, buat aduan. Tak silap dulu pernah ada kes begini bila polis check hp, penuh denagn benda-benda phedo" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 40K tontonan, 302 tanda suka dan 64 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bahaya betul, mak bapak perlu pantau anak-anak setiap masa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: