Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Ah, Laki Kan Ada?" - Wanita, Buang 7 Mentaliti Ini Jika Tak Nak Susah Di Masa Depan

Simpanan sendiri perlu diketepikan bermula dari sekarang, jangan bergantung sepenuhnya kepada suami walaupun suami mampu.

Cover image via Baituljannah.com

Kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri pada zaman dahulu dengan isteri zaman kini amatlah berbeza

Gambar sekadar hiasan.

Image via Baituljannah.com

Jika dilihat kembali, tuntutan hidup masa kini memerlukan isteri-isteri di luar sana untuk lebih bijak bertindak serta tidak mengharapkan sepenuhnya atas bantuan daripada suami. Banyak juga faktor yang membuatkan anda sebagai seorang isteri menjadi lebih berdikari dan lebih pandai menguruskan kewangan serta merancang masa hadapan dengan lebih bijak.

Sebaiknya, mula dari awal untuk persiapkan diri sebelum bergelar seorang isteri kerana tiada siapa akan dapat menjangka apa akan berlaku di masa hadapan. Betul?

Di bawah merupakan antara 7 perkara yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita sebelum atau selepas bergelar seorang isteri:

1. Pastikan anda ada wang simpanan sendiri

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Siapa pun lelaki yang dikahwini, tidak kiralah dari golongan yang kaya-raya atau tidak, seorang wanita perlu menyiapkan diri dengan wang simpanan sendiri. Tolak tepi duit anda yang tidak akan digunakan untuk membayar komitmen atau hutang. Malah, wang hantaran juga boleh dijadikan sebagai simpanan buat diri sendiri jika misal terjadi apa-apa yang tidak diingini.

2. Jika ada rezeki lebih, belilah sebuah rumah pelaburan untuk dijadikan sebagai persediaan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Ia tidak bermaksud anda berfikiran negatif tentang suami atau rumahtangga anda. Namun, langkah awal perlu diambil oleh setiap wanita yang bergelar isteri atau bakal bergelar isteri bagi memudahkan lagi urusan jika suatu hari nanti perjalanan anda sebagai suami isteri tidak mampu diteruskan lagi dan sebagainya. Dengan cara membeli rumah sebagai pelaburan, boleh membantu anda supaya tidak 'terkapai-kapai' nanti.

3. Jika suami beri nafkah, simpan. Jangan gunakan semuanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kifarah Media

Wanita harus pandai untuk menguruskan simpanan sendiri. Kalau boleh, nafkah yang diberikan oleh suami jangan digunakan kesemuanya. Simpan sedikit untuk usahakan simpanan sendiri. Tolak tepi jika boleh dan wang tersebut boleh digunakan di masa hadapan jika berlaku kecemasan atau perkara yang tidak diingini.

4. Jika suami anda jenis tiada wawasan kewangan, jangan cerita berapa wang yang anda ada

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Ada juga sesetengah lelaki yang tidak bijak menguruskan kewangan walaupun sudah berkahwin. Oleh itu, sebagai seorang wanita, anda perlu merahsiakan berapa simpanan yang ada. Bukan kedekut, anda boleh bantu setakat yang mampu tapi jangan berikan jumlah sebenar. Jangan bimbang kerana harta atau wang isteri adalah hak milik penuh isteri. Suami tidak harus tahu atau mengambilnya melainkan atas kerelaan isteri.

5. Belajar untuk bawa kereta dan ada lesen kereta

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Perkara ini memang nampak remeh tapi sebenarnya penting buat para wanita di luar sana untuk memiliki lesen dan tahu memandu kereta. Masih ada segelintir wanita yang tidak tahu memandu dan belum memiliki lesen. Oleh disebabkan itu, mereka akan bergantung sepenuhnya kepada suami. Jika terjadi apa-apa yang tidak diingini, sukar untuk anda menyelamatkan diri tanpa ketiadaan suami.

6. Sediakan catatan setiap perbelanjaan setiap bulan untuk tahu ke mana wang anda pergi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Gila Hartanah

Setiap bulan pasti ada catatan hutang dan komitmen perlu dibayar. Oleh itu, para wanita disarankan untuk membuat catatan bagi setiap perbelanjaan dan jumlah komitmen setiap bulan untuk tahu berapa sebenarnya yang diperlukan. Dengan cara ini, anda akan lebih mengetahui ke mana sebenarnya wang anda pergi. Catatan ini adalah termasuk menyimpan resit pembelian barang dapur, keperluan anak, keperluan diri sendiri dan sebagainya.

7. Perlu diingatkan bahawa suami adalah pinjaman Tuhan sahaja

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Apakah yang dimaksudkan dengan suami adalah pinjaman Tuhan?

Zaman sekarang ini, wanita yang bergelar isteri tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada suami. Kerana suami hanyalah pinjaman di dunia. Sekiranya tidak diambil Tuhan, akan diambil wanita lain pula.

Sebab itulah perkara-perkara di atas perlu dilakukan terlebih dahulu buat para wanita di luar sana, ianya boleh dijadikan sebagai langkah awal sebelum perkara tidak diingini berlaku. Barulah anda tidak akan susah kerana masih ada wang simpanan, aset dan perkara lain telah tersedia.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment