Dalam Islam, Hubungan Seks Suami Isteri Yang Dipaksa Tetap Dianggap Rogol
Sesungguhnya martabat wanita diangkat tinggi di dalam Islam.
Cover image via youtube.comDalam Islam, suami perlu mendapatkan persetujuan daripada isteri sekiranya ingin melakukan persetubuhan
Setiap lelaki mesti menghormati isteri mereka. Maka, mereka mesti mendapatkan persetujuan daripada isteri mereka sekiranya ingin melakukan persetubuhan kerana isteri mempunyai hak ke atas diri mereka sendiri.
Pengasas Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa berkata lelaki yang memaksa isteri mereka untuk melakukan persetubuhan adalah melanggar hak wanita
Dr Farouk turut mengatakan bahawa debat mengenai sama ada rogol adalah rogol dalam perkahwinan bermula kerana ramai wanita masih tidak tahu tentang hak mereka sebagai isteri dan pemahaman ini dipanggil pemahaman patriarki
Walau bagaimanapun, menurut jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM), Ustaz Abdul Hakim Othman, sekiranya wanita ingin melaporkan jenayah rogol, mereka perlu kemukakan bukti yang sahih
Image via youtube.com
Menurutnya lagi, ada juga individu yang membuat laporan rogol kerana menyesal mengadakan hubungan seks dengan bekas kekasih. Persoalannya adakah dakwaan ini benar dan boleh dianggap sebagai rogol?
Menurut kumpulan hak asasi wanita Semua Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM), 80 peratus mangsa rogol mengenali penyerang mereka, yang biasanya saudara-mara mereka, rakan-rakan atau rakan kongsi
Image via youtube.com
