Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Aik Huat Group Raikan Kejayaan Ulang Tahun Ke-20 Dengan Lancar Logo Baharu Syarikat

Aik Huat Group turut menyumbangkan RM20,000 kepada Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia (YMLM) untuk menyokong rumah anak yatim dan warga emas.

Cover image via Aik Huat Hardware

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, Aik Huat Group telah mengadakan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-20 yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Goh Seng Cha bertemakan "Kerana Anda" di Hotel Marriott, Putrajaya semalam

Majlis makan malam itu menjadi titik pertemuan rakan kerjasama, pembekal, dan tetamu industri untuk sama-sama menyoroti perjalanan syarikat yang bermula sebagai kedai kecil di Serdang, Selangor.

Majlis berkenaan bukan sahaja meraikan pencapaian dua dekad Aik Huat Group, tetapi juga sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang diberikan oleh semua pihak sepanjang perjalanan mereka yang turut dikenali sebagai Aik Huat Hardware.

Sejak penubuhannya pada tahun 2004, Aik Huat Hardware telah menekankan prinsip "Keutamaan Kepada Manusia". Dalam majlis tersebut, pengurusan kumpulan mengulangi komitmen mereka untuk terus memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Aik Huat Group, Goh Seng Cha

Image via Aik Huat Hardware

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Goh Seng Cha, bermula dengan visi kecil di bawah pimpinannya, Aik Huat Hardware kini menjadi nama besar dalam industri pembekalan bahan binaan dan pelbagai produk seperti alat kuasa, cat, alat taman, serta aksesori bilik mandi dan dapur, syarikat ini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri.

"Ketika pertama kali membuka perniagaan, saya tidak tahu sama ada ia akan berjaya.
Namun, satu perkara yang saya pegang ialah untuk bekerja bersungguh-sungguh dan fokus. Kepercayaan antara saya dan pelanggan adalah kunci utama kejayaan ini," katanya dengan penuh kesyukuran.

Tambah beliau lagi, pihaknya kini merancang membuka dua lagi cawangan baharu di Nilai dan Rawang pada tahun hadapan. Kawasan berkenaan dipilih kerana perkembangan pesatnya dalam sektor perumahan dan perniagaan.

Majlis turut diserikan dengan pelancaran logo baharu syarikat Aik Huat Group

Sementara itu, majlis berkenaa bukan sekadar meraikan pencapaian korporat. Ia juga menjadi platform bagi syarikat untuk menunjukkan tanggungjawab sosial mereka. 

Dalam semangat memberi kembali kepada masyarakat, Aik Huat Group telah menyumbangkan RM20,000 kepada Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia (YMLM) untuk menyokong rumah anak yatim dan warga emas. Selain itu, acara lelongan seni lukis berjaya mengumpulkan dana tambahan untuk badan kebajikan.

"Saya percaya apabila kita dikurniakan rezeki, menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi dengan orang lain. Motivasi saya bukan hanya untuk kekayaan peribadi tetapi juga untuk membantu masyarakat," kongsinya.

Image via Aik Huat Hardware

Image via Aik Huat Hardware

Image via Aik Huat Hardware

Acara turut diserikan dengan pelancaran logo baharu syarikat yang melambangkan era baharu dalam pembangunan kumpulan ini. Logo itu mencerminkan semangat inovasi dan komitmen syarikat terhadap kualiti dan perkhidmatan cemerlang.

Majlis ini juga menampilkan sesi khas bersama Master Feng Shui terkenal, Lee Xu, yang berkongsi pandangan mendalam tentang trend dan prospek industri pembinaan menjelang 2025.

Pandangan beliau menggabungkan kebijaksanaan metafizik dan sains moden, memberikan perspektif unik kepada para hadirin.

Mahu bawa Aik Huat Group ke tahap yang lebih tinggi, termasuk menjadi syarikat yang tersenarai di IPO

Image via Aik Huat Hardware

Dalam pada itu, Goh juga membayangkan masa depan yang cerah untuk Aik Huat Group.

"Saya berharap untuk membawa Aik Huat ke tahap yang lebih tinggi, termasuk menjadi syarikat yang tersenarai di IPO. Kejayaan kami tidak hanya memberi manfaat kepada syarikat tetapi juga kepada pekerja, pelanggan, dan masyarakat," ujarnya.

Mengakhiri malam penuh bermakna itu, Goh mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong syarikat ini.

"Hari ini saya sangat bangga melihat ratusan tetamu bersama-sama meraikan ulang tahun ke-20 ini. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama, dan saya amat berterima kasih kepada semua," katanya dengan penuh rasa syukur.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment