Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Aina Abdul Dinobat Sebagai Pemenang Vokal Terbaik AJL39 Versi Undian Media Sosial

Raih hampir 30,000 undian para peminat menerusi media sosial.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peminat muzik tanah air menunjukkan sokongan luar biasa dalam sesi undian versi media sosial Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) baru-baru ini

Jumlah keseluruhan 40,000 undian dikumpulkan dari pusingan 1 hingga 3, manakala pusingan akhir mencatatkan 32,000 undian.

Undian versi media sosial ini telah berlangsung dari 22 hingga 30 Januari 2025 menerusi Instagram Story di akaun Instagram rasmi TV3, @tv3malaysia.

Namun, penting untuk ditegaskan bahawa undian ini hanya bertujuan untuk keseronokan dan tidak akan mempengaruhi keputusan sebenar di AJL39.

Undian ini adalah inisiatif untuk meningkatkan keterlibatan peminat dan merancakkan perbualan di media sosial menjelang acara kemuncak pada 16 Februari 2025.

Bagi memudahkan proses undian pada hari kemuncak, pastikan anda memuat turun aplikasi Tonton dan mendaftar awal supaya anda boleh bersedia untuk mengundi dengan lancar.

Image via TV3 Malaysia

Aina Abdul berjaya meraih hampir 30,000 undian secara individu

Undian paling tinggi itu sekaligus memperkukuhkan status Aina Abdul sebagai antara bintang paling berpengaruh dalam pertandingan ini.

Sokongan luar biasa ini membuktikan betapa kuatnya pengaruh dan kepercayaan peminat terhadap bakat serta persembahan Aina di pentas AJL.

Selain itu, Nadeera, yang tampil buat kali pertama di pentas AJL39 dijangka menjadi saingan terkuat dengan vokalnya yang mantap dan persembahan yang pasti mencuri tumpuan.

Kehebatan bakat Nadeera menjanjikan persaingan yang sengit di pentas AJL39, menjadikan acara tersebut lebih menarik untuk ditonton.

Dengan jumlah keseluruhan 40,000 undian dikumpulkan dari pusingan 1 hingga 3, manakala pusingan akhir mencatatkan 32,000 undian.

Image via TV3 Malaysia

Pastikan anda tidak terlepas untuk menyaksikan malam kemuncak AJL39 akan berlangsung pada 16 Februari 2025 (Ahad), bermula 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Acara berprestij ini, yang diketuai oleh Russell Mark Rodrigues selaku Pengurus Projek dan Jamil Hassan selaku Penerbit Eksekutif, akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton, memberikan peluang kepada peminat karya muzik tanah air untuk menyaksikan persembahan hebat daripada 10 finalis terpilih.

Tunggu apa lagi? Kosongkan kalendar anda pada 16 Februari ini bagi menyaksikan AJL39! Dapatkan tiket anda dengan segera melalui laman web rasmi www.wowtix.com.my.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.

Penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment