seismik

Alif Satar Minta Netizen Beri Peluang Kepada Naz Rahman, Sissy Imann Jadi Hos AJL39

Sissy Imann bakal bergandingan dengan Naz Rahman untuk mengendalikan AJL39 pada 16 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Cover image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik & TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar, 35, menyifatkan pemilihan Sissy Imann dan Naz Rahman sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) sepatutnya tidak dijadikan isu besar

Malah, jelas Alif lagi ia adalah satu keputusan tepat dalam usaha memberi suntikan dan nafas baharu buat majlis berprestij yang akan berlangsung pada 16 Februari ini.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd. Satar berkata, lumrah bagi pemain industri yang pertama kali diberikan tanggungjawab besar akan berdepan kecaman ramai.

"Ramai orang akan tidak berpuas hati. Itu perkara biasa, jadi tugasan buat Sissy untuk ambil dan tunjukkan kebolehan sebab saya yakin dia mampu galas.

"Apatah lagi berpasangan dengan pengacara berpengalaman seperti Abang Naz (Naz Rahman) . Doa saya buat mereka semoga berjaya semasa AJL kelak," katanya ketika ditemui SEISMIK pada sidang media konsert suku akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), semalam.

Alif Satar

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

"Penonton perlu beri peluang kepada Abang Naz dan Sissy. Saya yakin penonton boleh terhibur" - Alif Satar

"Abang Naz sangat lancar dan berpengalaman. Dia juga ada cara sendiri, kelakar dan pada masa sama boleh mengendalikan acara dengan formal.

"Sissy pula saya pernah bekerja sekali ketika Semi Final Muzik- Muzik (SFMM) beberapa tahun lepas. Saya juga ada masa awal kerjaya dia dahulu.

"Dia ibarat Apple Music bergerak yang mana seorang pemuzik natural yang boleh bermain gitar dan piano. Dia tahu apa dia cakap, pandai mengacara dan kelakar," kongsinya.

Konsert minggu keenam CSOIAM menampilkan Alif Satar & The Locos sebagai pembuka tirai persembahan dengan menyampaikan lagu hit Anugerah Terindah dan Inikan Cinta.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Alif turut menitipkan pesanan buat pasangan hos AJL39 agar memantau media sosial pada malam acara bagi mempertajamkan kemahiran sepanjang mengendalikan pentas berprestij itu.

"Seronok dalam industri seni sekarang sebab dapat maklum balas dengan segera. Buka aplikasi X tahu komen-komen netizen dan boleh sesuaikan diri atau jadi sesumpah (bertukar) dengan kritikan sepanjang acara berlangsung.

"Pendapat saya, AJL adalah acara yang orang nak tengok dijayakan dengan hebat. Kriteria hos juga boleh membawa acara yang buat penonton rasa tenang dan eksklusif.

"Eksklusiviti tersebut ada pada Naz dan Sissy, penonton perlu beri peluang. Saya yakin penonton boleh terhibur," ujarnya.

Tonton video penuh di bawah:

@saysseismik Aliff Satar beri sokongannya & doakan yang terbaik #ajl #sissyimann #aliffsatar #nazrahman original sound - saysseismik

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: