Ajar Kanak-Kanak Di US Main Permainan Bola Kertas, Gelagat Lelaki Ini Raih Pujian Ramai
Game ni seronok main ramai-ramai.
Bila terkenang zaman kanak-kanak dulu, banyak sebenarnya permainan nostalgia yang zaman kini tidak dapat merasainya
Seperti permainan tudung botol, baling tin, musang berjanggut dan sebagainya. Permainan sebeginilah yang mengamit memori kanak-kanak suatu ketika dahulu.
Iyalah, dengan bermain permainan itulah yang dapat mengeratkan hubungan bersama rakan-rakan kita betul tak?
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki berkongsi kisah ketika dia mengajar kanak-kanak di US permainan 90-an iaitu bola kertas telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mula-mula pelik bila dapat kertas, lepas tu terus enjoy main
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan gelagat kanak-kanak di US ketika bermain permainan bola kertas.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila kanak-kanak itu pada awalnya tidak faham permainan apa yang ingin dimainkan. Selepas mendengar penerangan, barulah mereka seronok bermain game bola kertas itu.
Rata-rata netizen seronok melihat momen itu. Malah, mereka juga menyuruhnya untuk memperkenalkan lagi permainan nostalgia yang lain.
Image via @jaibhrdn (TikTok)
Image via @jaibhrdn (TikTok)
"Bro, lepas ni kena ajar cara jentik. Baru boleh buat bola lencong, haha. Itu teknik rahsia tu, kalau pakai kertas keras lagi sedap jentik" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 549.8K views, 57.1K likes dan 690 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @jaibhrdn (TikTok)
Image via @jaibhrdn (TikTok)
Image via @jaibhrdn (TikTok)
Image via @jaibhrdn (TikTok)
Lepas ni boleh ajar main tutup botol pula :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment