Lelaki Kongsi Level 12,318 ‘Candy Crush’ Milik Ibunya Ini Buat Ramai Boleh Relate
Uish, bukan calang-calang orang ni.
Orang kata, main game adalah aktiviti yang membuang masa. Betul ke?
Sebenarnya, tidak. Bermain game ini berbalik kepada individu itu sendiri. Sama ada dia bermain seharian sehingga lalai, itu kemungkinan jawapannya "ya" main game itu membuang masa.
Tetapi, sesetengah orang ada yang bermain hanya untuk menghilangkan stress dan juga untuk menghilangkan rasa bosan. Malah, mereka bermain ketika waktu lapang sahaja.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki berkongsi level permainan Candy Crush milik ibunya telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebelum ni level 2 ribu lebih, ini tiba-tiba naik sampai 12 ribu
Menerusi video yang di muat naik oleh @khairil_qaiyum, kelihatan dia berkongsi level Candy Crush milik ibunya.
Di ruangan kapsyen, dia berkata sebelum ini dia hanya melihat level ibunya hanya 2 ribu sahaja. Namun, baru-baru ini apabila ditanya, terkejut dibuatnya melihat ibunya bermain sampai level 12,318.
Rata-rata netizen turut teruja melihat level ibunya. Malah, mereka juga meminta tips kepada ibunya kerana baru sahaja main terus rasa give up untuk sambung semula.
Lihat video lain itu di bawah:
"Saya level 4737 nak capai 5000 ni pun susah ya amat. Ini pula dan level 12,000. Wow!" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.4M views, 114.5K likes dan 2,699 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga berpandangan game Candy Crush ini khas untuk golongan tua. Hal ini kerana, ibu dan ayah mereka juga berada di level yang sama.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!