seismik

"Mama Too Much" - Niat Nak Tolong Terus Terbantut, Gelagat Si Cilik Ini Mencuit Hati

A few seconds je terus berubah niat.

Cover image via @dayahbakar (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang mesti suka menyakat kanak-kanak bukan?

Lagi-lagi kalau menyakat mereka sehingga menangis. Rasa macam suatu kepuasan bila tengok mereka menangis dek kerana disakat kita.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang wanita menunjukkan gelagat anaknya ketika mereka sedang membeli-belah. Tetapi, dia sengaja menyakat anaknya itu telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terus tak nak tolong, sebab barang banyak sangat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dayahbakar, kelihatan dia berkongsi gelagat ketika dia sengaja menyakat anaknya semasa di pusat beli-belah.

Pada awalnya, si anak mahu membantunya untuk pegang beberapa barang. Tetapi, lama-kelamaan dia sengaja meletakkan barang dengan kuantiti yang banyak kepada anaknya. Situasi itu yang membuatkan si anak terus tak mahu menolongnya.

"Boleh, baby pegang"
"Tak nak mama! mama too much"
, kata si cilik kepadanya.

"Dulu pernah buat dekat adik macam ni, suruh angkat beg banyak-banyak. Lepas tu, dia keras sebab tak boleh gerak" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.2M views, 120.2K likes dan 741 comments di TikTok. Rata-rata netizen memuji kecomelan si cilik itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Haha! Comel je time dia cakap tak nak tu :D

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: