Gara-Gara TikTok, Si Cilik Usik Ayahnya Kerana Banyak Tanya Ini Buat Netizen Terhibur
Pengaruh TikTok kuat ni.
Generasi kini merupakan generasi yang mudah terpengaruh dengan media sosial
Sering kali kita lihat banyak video-video yang tular di media sosial sehingga ia menjadi trend terutamanya di TikTok. Malah, trend itu menjadi ikutan buat anak-anak zaman moden kini.
Sama juga seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak mengusik ayahnya dengan ajukan sound viral dari TikTok telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah duduk di luar rumah, tapi masih ajuk cakap ayahnya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @qairul91, dia menunjukkan gelagat anaknya yang mengajuk pertanyaannya dengan meniru sound viral di TikTok.
Si ayah meminta pertolongan anaknya. Tetapi disebabkan banyak soalan, si cilik itu mengajuk ayahnya dengan perkataan "kamu nanya".
Dek kerana diusik, dia terus membawa anaknya duduk di luar rumah. Namun, si anak tetap ajuk percakapannya walaupun sudah tutup pintu berulang kali.
"Kamu nanya, kamu nanya, tengok TikTok sangat", kata ayahnya.
"Masa mama dia pregnant, mungkin pak dia rajin tengok TikTok kot. Itu yang dia ikut pak dia" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 519.9K views, 50.0K likes dan 1,128 comments di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah si anak masih ajuk ayahnya walaupun sudah duduk di luar rumah.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!