seismik

[VIDEO] Ragam Ayah Dan Anak Gaduh Gara-Gara Panggilan 'Lao Po' Ini Bikin Ramai Terhibur

Alahai comelnya!

Cover image via @papa_jiajen (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Melihat anak-anak semakin membesar merupakan momen yang tak akan dilupakan bagi ibu bapa di luar sana

Seperti momen ketika mula bercakap, mula berjalan dan sebagainya. Momen berharga inilah yang akan dikenang ibu bapa ketika anak-anak sudah dewasa nanti.

Tular baru-baru ini di laman sosial TikTok, apabila seorang kanak-kanak mengusik ayahnya gara-gara ingin memanggil ibunya 'Lao Po' telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ayah sampai tersasul masa ajar anak panggil ibu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @papa_jiajen, kelihatan dia sedang mengajar anaknya untuk memanggil ibunya 'mama'.

Tetapi, si anak tetap ingin memanggil ibunya 'lao po' dan bukan mama. Gara-gara kepandaian si anak mengusik ayahnya itu, ia membuatkan orang ramai terhibur.

"I call her darling, you call her mama" katanya.

"Macam anak saya. Suruh panggil ayah tapi dia panggil 'baby' sebab ikut panggilan kita ke suami" - Warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat anak-beranak itu. Malah, mereka juga turut berkongsi pengalaman yang sama.

Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 1.3M views, 148.7K likes dan 1,050 commentdi TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Macam boleh teka je siapa yang menang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: