Sos Cili McD Pun Simpan, Gelagat Ayah Buat Room Inspection Anak Lelaki Ini Jadi Perhatian
Haa sudah! Bukan mak yang selongkar tapi ayah.
Kebersihan merupakan perkara asas yang harus dipupuk sejak dari kecil lagi
Konsep kebersihan ini bukanlah sekadar kebersihan dari segi penjagaan diri semata-mata, tetapi kebersihan di dalam rumah, bilik juga harus dititikberatkan.
Iyalah, banyak kes di luar sana apabila dari segi gaya penampilan nampak seperti seorang yang pembersih. Namun, apabila di rumah auto bertukar jadi pengotor.
Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok apabila seorang ayah sedang melakukan room inspection bilik anak lelakinya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sehingga di dalam almari pun si ayah nak spotcheck
Menerusi video yang dimuat naik oleh @raihanaroslan1, kelihatan dia menunjukkan gelagat ayahnya yang sedang buat room inspection bilik abangnya.
Si ayah mula membebel tentang kekemasan bilik abangnya. Namun si abang pula sempat usik ayahnya ketika dia sedang menegur.
Walaupun gelagat mereka membuatkan ramai tertawa, namun sikap ayahnya yang menegur tentang kebersihan dan kekemasan itu dipuji ramai.
"Eh cili sos pun ada dalam bilik? Make sure buang eh, kalau tak buang abah datang lagi sekali kau siap!" kata si ayah kepada abangnya.
"Kalau mak aku, tak adanya macam ni. Dia main buang je lepastu cakap siapa suruh sepahkan" - Netizen
Sementara itu, di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dan mereka berkata karakter si ayah seperti komander yang menegur anak buahnya ketika room inspection.
Ketika menulis artikel ini, kini video berkenaan telah mencecah sebanyak 700.8K views, 63.6K likes dan 320 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!