"Sakit Kepala" - Bagi Alasan Tak Nak Pergi Sekolah, Gelagat Si Cilik Ini Jadi Perhatian
Alahai comelnya!
Si cilik bila dah petah bercakap, mesti akan ada sahaja kata-kata mereka yang buatkan kita terhibur
Sampaikan ada kata-kata mereka yang membuatkan kita sendiri terkejut. Iyalah, umur baru setahun jagung tetapi kata-kata dia lagak seperti orang dewasa.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, si cilik pandai bagi alasan kepada ibunya kerana tidak mahu ke sekolah undang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bagi alasan sakit kepala siap buat mimik muka
Menerusi video yang dimuat naik oleh @dayahbakar, dia menunjukkan telatah anaknya ketika ingin menghantar ke sekolah.
Si cilik itu bijak memberi alasan sakit kepala kepada ibunya sebab tak mahu ke sekolah.
Selalunya budak akan protes atau menangis sebagai taktik untuk tidak mahu ke sekolah, tetapi lain pula dengan si cilik itu.
"Awalnya Fahri belajar tactic tak nak pergi sekolah" - Netizen
Susulan tular video tersebut, kini ia telah meraih sebanyak 509.4K views, 43.1K likes dan 312 comments di TikTok. dan rata-rata netizen terhibur melihat kecomelan si cilik ini pandai beri alasan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik dari netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!