seismik

[VIDEO] Khusyuk Makan Tiba-Tiba Ada Yang Menjerit, Reaksi Terkejut Si Cilik Curi Tumpuan

Terkejut sungguh ya!

Cover image via @nurulmunirahsobri (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang akan memberi reaksi sebaik sahaja terdengar atau melihat sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba bukan?

Apabila terkejut, secara automatik badan kita terus bagi reaksi. Sebagai contoh apabila terpasang lagu kuat semasa pakai earphone terus badan kita pun akan bertindak balas.

Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini, apabila si cilik ini sedang khusyuk menikmati makanannya tetapi reaksi wajah terkejut setelah mendengar orang menjerit telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terus toleh ke belakang dan tergelak tengok mak cik yang jerit

Menerusi video tersebut, anak kepada pemilik video iaitu @nurulmunirahsobri kelihatan sedang khusyuk menjamu selera di sebuah kedai makan.

Tetapi, secara tiba-tiba seorang wanita di tempat makan mereka itu menjerit kerana seekor kucing. Jeritan mak cik itu membuatkan anaknya juga terkejut.

Reaksi wajah anaknya itu telah menghiburkan para netizen. Bahkan anaknya juga turut ketawa selepas melihat gelagat mak cik itu.

"Comel dia gelak. Yang takut kucing memang akan auto menjerit" - Netizen

Susulan tular video tersebut, kini ia telah meraih sebanyak 544.3K views, 60.1K likes dan 1,137 comments di TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kecomelan si cilik itu ketawa gara-gara terkejut punya pasal.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik dari netizen di TikTok:

Mungkin mak cik tu takut kucing, sebab tu dia menjerit :P

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: