"Cari Benda Yang Tersembunyi" - Adik Cucuk Ayam Goreng Di Songkok Ini Buat Ramai Terhibur
Ini betul-betul pemikiran luar kotak ya.
Siapa yang tidak terhibur jika melihat perkara lucu yang tidak dijangka bukan?
Tambahan lagi jika perkara itu dilakukan oleh kanak-kanak. Perkara lucu yang mereka lakukan itu kreatif boleh jadi kreatif sebab di luar jangkaan kita.
Sehingga kita sendiri tertanya bagaimana mereka boleh terfikir untuk melakukan sedimikian.
Sama seperti video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang pelajar yang sedang makan rupanya ada makanan tersembunyi diatas songkok telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Makan dengan penuh berselera, siap goyang kaki
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pelajar sekolah itu sedang khusyuk makan ayam goreng di dalam kelas. Rakaman video tersebut diambil oleh gurunya sendiri.
Apa yang menghiburkan adalah, tidak sangka rupanya ada objek yang tersembunyi di atas kepala pelajar itu.
Gurunya turut terhibur melihat telatah anak muridnya itu. Mungkin dia risau ayam gorengnya diambil rakan sebab itu dia cucuk di songkok.
"Baru tau fungsi songkok tu untuk letak makanan. Kalau nak pegang lama-lama lenguh tangan baik selit dekat situ." - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sebanyak 81.6K views, 4,463 likes dan 260 comments di TikTok. Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat adik itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Warna pun dah sama macam warna dinding. Kalau tak zoom memang tak perasan ada ayam goreng :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!