seismik

[VIDEO] “Next Level” - Gelagat Adik Bagi Signal Dengan Cara Baru Ini Jadi Tumpuan Ramai

Limited edition betul ya cara adik bagi signal.

Cover image via @_fthhrsli (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memberi lampu isyarat atau signal merupakan perkara penting sewaktu anda sedang memandu dan menunggang motosikal

Tetapi lain pula dengan adik ini. Tular videonya di laman sosial TikTok, adik ini memberi isyarat lampu signal secara manual dengan menunjukkan gaya lenggok tangan yang curi tumpuan netizen.

Difahamkan kenderaan motor milik ibunya itu tidak mempunyai lampu signal dan adik ini memberi isyarat secara manual untuk membelok ke kanan.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

@_fthhrsli

another level bagi signal..

original sound - Faaa

Guna cara lain daripada yang lain masa bagi signal

Rata-rata netizen juga memuji tindakan adik ini yang membantu ibunya untuk memberi isyarat membelok walaupun dengan gayanya yang tersendiri.

Selain itu, pemilik video ini juga siap meniru semula gaya lenggok tangan kerana terhibur dengan telatah comel adik cilik itu.

"Limited edition signalnya, terbaiklah adik" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah sebanyak 275.2K views, 22.6K likes, dan 326 shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat adik di atas motor itu. 

Berikut dibawah antara komen yang menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @_fthhrsli

Lepas ini boleh ikut cara adik bagi signal :P

Image via Gfycat

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: