Wanita India Tawar Diri Untuk Tolong Betulkan Saree Wanita Melayu Ini Buat Ramai Terharu
Terus nampak kemas dan cantik Saree kakak tu.
Rasa terharu bila ada orang offer untuk betulkan pakaian yang asalnya bukan daripada pakaian tradisional kaum sendiri bukan?
Tular di TikTok baru-baru ini, video seorang wanita berbangsa Melayu itu yang pertama kali ingin memakai busana tradisional daripada kaum India iaitu saree.
Tiba sahaja di LRT Masjid Jamek, dua wanita berbangsa India memuji kecantikan saree yang dikenakan oleh pemilik video sambil menawarkan untuk membetulkan pakaian supaya kelihatan lebih cantik dan kemas.
Ramai netizen terharu apabila melihat gelagat dua wanita ini dirakam. Ada yang berpendapat, rakyat Malaysia masih mengamalkan sikap toleransi dan tolong menolong sesama kaum demi mencapai keharmonian negara.
Lihat video penuh berkenaan di bawah :
Terus nampak kemas dan cantik selepas dibetulkan
Pemilik video itu juga memuat naik semula video sebelum dan selepas dibetulkan oleh wanita India tersebut.
Ternyata ia nampak lebih kemas dan dapat menaikkan semula keyakinannya untuk mengenakan busana tradisional India sewaktu Hari Kebangsaan yang diraikan baru-baru ini.
Lihat video sambungan di bawah :
"Saya ada kawan India, memang sumpah diaorang jaga kita betul dan sangat baik" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 428.3K views, 54.6K likes serta 213K share di TikTok, rata-rata netizen turut rasa terharu dengan tindakan wanita India itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!