seismik

Tindakan Lelaki Melayu Pinjamkan Baju Berkolar Kepada Pelajar Cina Ini Raih Pujian Ramai

Respect betul dengan abang tu!

Cover image via @eeqramazizi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukan senang nak bagi pinjamkan baju yang telah dipakai, lagi-lagi dengan orang yang tidak dikenali

Menerusi video yang tular, difahamkan bahawa pelajar Cina tersebut ingin mengambil ujian memandu, namun dihalang disebabkan tidak memakai baju berkolar.

Dalam keadaan yang terdesak, dia mencuba nasib dengan meminta pertolongan kepada seorang lelaki Melayu berbaju oren untuk meminjam baju berkolarnya. Nasib menyebelahi pelajar, lelaki itu terus memberikan bajunya tanpa berfikir panjang dan siap berlipat dengan kemas.

Tindakannya itu membuatkan ramai netizen tersentuh hati dan menyatakan bahawa walaupun berbezanya kaum dan agama, hal ini tidak bermakna kita tidak boleh menolong antara satu sama yang lain.

Lihat video penuh di bawah :

@eeqramazizi ceritanya, seorang lelaki tidak dibenarkan menjawab exam memandu disebab baju tak berkolar apa apa pon terbaik malaysiaku #semangatmalaysia #f Saya Anak Malaysia (Mandarin Version) - Thomas & Jack & FS (Fuying & Sam) & Daniel Cheah & Haoren & Priscilla Abby & Pink & Ribbon Ooi & Michiyo Ho & Jeryl Lee

"Saya terkesan cara dia bagi baju tu pada si peminjam, aura kebaikkan terserlah" - Netizen

Rakaman video itu kini tular di laman sosial dan berjaya meraih sebanyak 679.6k views, 56.9k likes, dan 655 shares di TikTok.

Rata-rata netizen memuji tindakan sopan dan beradab lelaki tersebut memberikan baju yang telah dipakainya kepada individu yang tidak dikenali.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di TikTok:

Pentingnya kita untuk beradab sopan walaupun di mana berada, tidak kiralah sesama bangsa ataupun tidak, adab sopan harus dijaga :)

Image via @pinterest

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seisimik

You may be interested in: