seismik

"Setepek Kena" - Rancak Gelek Tapi Tak Ingat Lirik, Lelaki Malu Makan Penampar Mas Idayu

Lawaklah kau bang, tadi confident!

Cover image via @nurinjelahh (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tidak dinafikan, memang ramai yang suka menonton konsert atau persembahan daripada artis

Suasana menjadi meriah apabila semua ikut menyanyi lagu yang dibawakan oleh penyanyi. Ada juga yang ikut menari dan gelek apabila muzik diputarkan. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki dilihat naik 'sheikh' semasa Mas Idayu membawakan lagu Selangit telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Rancak gelek masa mummy nyanyi, sekali lain pula jadinya bila disuruh nyanyi

Mneerusi video berkenaan, kelihatan rakaman menunjukkan seorang penyanyi tanah air Mas Idayu yang juga digelar mummy sedang membuat persembahan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang lelaki tiba-tiba berdiri dan bergelek di depan khalayak ramai. Aksinya itu ternyata telah mengundang perhatian penyanyi tersebut.

Tidak lama kemudian, mummy dilihat pergi ke arahnya dan mengajukan mikrofon untuk menyambung lagu tetapi dia dilihat terketar-ketar kerana tidak ingat dan hafal lirik lagu Mas Idayu.

Perkara itu membuatkan mummy menamparnya tanda gurau. Semua penonton terhibur dengan gelagat mereka berdua.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Habis lah suatu hari nanti kau akan terkenal dekat Johor dik" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang meraih sehingga 1M tontonan, 145K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Biasalah bang mummy memang gurau kasar sikit, abang jangan balik nangis pulak! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: