"Rokok Goreng" - Gara-Gara Kerap Hisap Rokok, Isteri Masak Snek Unik Ini Buat Suami Insaf
Terus berhenti merokok dia sis.
Tidak dinafikan, ramai di antara kita yang mempunyai tabiat merokok, lebih-lebih lagi para lelaki
Merokok bukan saja mendatangkan pelbagai masalah kesihatan, ia juga akan membuatkan perokok itu ketagih dan sukar untuk berhenti. Oleh sebab itu, adalah dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada merokok.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita menghasilkan snek kegemaran suaminya tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gara-gara suami suka merokok, isteri buat snek rokok goreng
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menyediakan snek untuk minum petang suaminya.
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia mengambil bahan snek itu dari beg suaminya. Ternyata, bahan itu merupakan rokok. Wanita itu dengan selamba mengambil semua rokok dalam kotak baru kemudian dimasukkan ke dalam aduan tepung.
Dia lihat tidak bersalah langsung sambil menyalut rokok dengan aduan tepung untuk digoreng. Setelah digoreng, makanan itu dilihat rangup dan dihidangkan atas pinggan bersama sos cili.
Suaminya itu rasa pelik dan kemudian terus meluahkan kembali snek tersebut sambil membuat mimik muka.
"Teringat masa kecik mak rebus rokok ayah for his lunch. Itulah last day ayah merokok" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 18M tontonan, 927K tanda suka dan 16K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!