seismik

"Tak Behave" - Sakan Kacau Anjing Jiran, Gelagat Ayah Balik Dari Surau Ini Bikin Dekah

Boleh pula dia bergoyang kat situ.

Cover image via @hairunapisahidris (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Sifat seorang ayah selalunya dilihat garang dan tegas apabila di depan anak-anak

Namun begitu, ada juga masanya apabila mereka melawak dan membuat adegan lucu yang tak disangka. Perkara itu boleh membuatkan kita gelak sampai tak ingat dunia.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang ayah dilihat sengaja mengacau anjing jiran sambil berjoget telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Seronok kacau anjing jiran sambil menggayakan pelbagai aksi

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman seorang pak cik sedang berada di depan pagar rumah jirannya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anaknya merakam gelagat si ayah yang baru pulang dari surau. Lebih melucukan lagi adalah apabila dia dilihat seronok mengacau anjing jirannya.

Dia juga dilihat menggayakan pelbagai gaya dan aksi untuk membuat anjing itu menggonggong. Perangainya itu membuatkan semua tergelak.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@hairunapisahidris

Pak cik aris ucap terima kasih.. tiber2 dia femessssss

original sound - hairunapisahidris - hairunapisahidris

"Sekali pintu tu tak betul-betul kunci kan, habis terlucut kain pak cik tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 226K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pak cik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi pak cik. Belum kena kejar, belum tahu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: