[VIDEO] Gadis Pasrah 'Family Time' Terganggu Gara-Gara Budak Meja Sebelah Bising
Hmm, nak bercakap pun kena jerit.
Meluangkan masa dengan keluarga akan merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain
Kebanyakannya, selain meluangkan masa makan di rumah, ramai juga yang pergi ke restoran atau kafe untuk makan dan berborak.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila family time seorang gadis terganggu apabila pelanggan meja sebelah membuat bising telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rancak berbual sampai tak sedar suara terkuat hingga ganggu orang lain
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang meluangkan masa untuk menyambut hari kelahiran salah seorang gadis di kafe.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka sekeluarga dilihat bercakap dengan menjerit sebab tak dengar suara masing-masing. Perkara itu disebabkan pelanggan meja sebelah berbual dengan suara yang kuat sehingga menganggu orang sekeliling.
"Orang macam tu kan kak, kita kena lawan bising balik nanti dia sedar dia malu diam lah nanti" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 300K tontonan, 24K tanda suka dan 700 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!