seismik

[VIDEO] Nangis Tak Ada Dalam Gambar Kahwin, Ibu Sampai Naik Pening Jawab Soalan Anak

Ayo dik, tak tahu lah nak explain macam mana.

Cover image via @fatihahsidek (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memiliki anak kecil memang membuatkan suasana rumah menjadi riuh dan kecoh

Iyalah, mana tidaknya anak-anak kecil memang banyak telatah dan gelagat mereka. Kadangkala, gaya mereka petah bercakap itu sampai membuatkan ibu ayah nak tergelak tengok. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak kecil menangis gara-gara tiada dalam gambar kahwin ibu ayahnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@fatihahsidek

Anak korang macam ni jugak ke? HAHA STRESS MEMBERR DIA TAKDA DALAM GAMBAR KAWIN IBU AYAH

original sound - Fatihah sidek | Woman power - Fatihah sidek | Woman power

Meraung ingat ibu tak sayang, siap cakap 'mana adik hilang'

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang menangis di bilik ibunya. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia menangis sebab perasan tiada gambar dirinya dalam gambar kahwin ibu ayahnya yang tergantung dalam bilik. Dia menangis sambil menanyakan mana adik.

"Macam mana ibu tak sayang adik", katanya.

"Oh bukan, masa tu adik tak ada lagi", jawab ibunya.

"Macam mana, adik sayang ibu, macam mana adik dah hilang?", soalnya lagi.

"Saya cadangkan akak minta geng FB edit apa hari ini letak gambar adik sekali" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 700K tontonan, 61K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin lepas ni dah boleh simpan gambar tu, kot kot dia menangis lagi! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: