[VIDEO] Gara-Gara Tak Ikat, Wanita Nyaris Hilang Jari Masa Siang Ketam Ini Curi Tumpuan
Sampai berdarah jari dia.
Sesetengah orang memang gemar makan makanan seafood
Antaranya seperti ketam, udang, sotong, ikan dan banyak lagi. Dapat makan makanan laut memang satu nikmat kerana ada segelintir orang tidak dapat makan disebabkan mempunyai alahan.
Baru-baru ini, tular video di Facebook yang memaparkan seorang wanita sedang menyiang ketam namun lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siang ketam tanpa ikat sepit sampai nyaris hilang jari
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berada di dapur untuk menyediakan hidangan makanan laut.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia cuba menyiang ketam tanpa ikatan. Sebaik saja dia mencuci ketam itu, jarinya disepit dengan ketam sampai dia menjerit kesakitan.
Dia menjerit meminta bantuan saudaranya di rumah. Kakaknya itu dilihat membantu menggunting jari ketam itu.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih sehingga 74K tanda suka, 177 komen dan 53K kongsian di Facebook
Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen dari Filipina dilihat turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!