seismik

10 Movie Seram Yang Boleh Tonton Di Netflix Selain Pengabdi Setan, Meremang Bulu Roma!

Kalau movie Asia, jaranglah tak seram kan?

Cover image via Netflix

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Seperti umum tahu, filem seram Pengabdi Setan 2 baru ditayangkan di pawagam

Filem itu menarik perhatian ramai orang berikutan dengan filem Pengabdi Setan yang pertama. Tidak dinafikan, filem tersebut memang seram sampai boleh buat anda terfikir-fikir sehinggakan tak boleh tidur!

Kepada sesiapa yang sukakan genre filem seram, jom lihat suggestion di bawah.  Yang ini, memang tak tipu dia punya seram sampai meremang bulu roma tau.

Image via GIPHY

1. Incantation (Taiwan)

Image via Netflix

Dibintangi oleh Li Ronan yang membangkitkan sumpahan enam tahun lalu selepas melanggar pantang larang agama dan mengganggu kuil di sebuah kampung. 

Sumpahan itu datang menghantui dia dan anak perempuannya. Li Ronan cuba untuk melindungi anaknya namun perlu menghadapi pelbagai cabaran. Filem ini menggabungkan unsur-unsur agama misteri dan ritual. Nak tahu apa kesudahannya, jom tonton!

2. School Tales The Series (Thailand)

Image via Netflix

Diarahkan oleh pengarah Thai berpengalaman, School Tales The Series menceritakan lapan cerita ngeri. Ceritanya berkenaan dengan sekolah yang seram.

Perkara mistik yang berlaku itu diturunkan dari kelas ke kelas sehinggakan mereka merungkai kisah lama tentang lagenda sekolah tempatan itu. 

3. The Whole Truth (Thailand)

Image via Netflix

Apakah yang anda lakukan jika dapat tahu ada lubang dinding di ruang tamu anda, tetapi orang di sekeliling anda menegaskan bahawa anda menipu? 

Dalam cerita ini, dua beradik tersadung pada lubang aneh itu di dinding rumah datuk dan nenek mereka. Kejadian itu menyebabkan adanya perkara ngeri berlaku sehingga rahsia kejahatan keluarga mereka terbongkar.

Adik-beradik itu mencari jawapan yang boleh membawa kepada kebenaran, malangnya tiada siapa yang ingin tahu.

4. May The Devil Take You (Indonesia)

Image via Netflix

Lesmana Wijaya turut serta dalam ritual syaitan untuk meraih kekayaan. Apabila dia dimasukkan ke dalam hospital kerana penyakit yang mengerikan dan misteri, anak perempuannya Alfie rasa terasing. 

Namun, Alfie menemui perkara mistik dan ghaib sepanjang masa itu. Anda akan tonton banyak scene darah dan jump scare dalam filem ini. 

5. Vietnamese Horror Story (Vietnam)

Image via Netflix

Berdasarkan cerita rakyat tempatan, kisah seram Vietnam menggabungkan tiga kisah berbeza. Seorang pelakon yang mencari kecantikan abadi, ahli silap mata yang membuat perjanjian dengan kejahatan dan seorang psikik mencari jenazah seorang gadis yang telah meninggal dunia.

Jangan lupa sediakan bantal kalau anda tonton filem ini!

6. The Guardian (Vietnam)

Image via Netlfix

Filem ngeri dan seram ini mengisahkan tentang seorang individu yang ingin membalas dendam dalam industri hiburan. The Guardian mengisahkan penyanyi sandaran yang meminta bantuan kuasa ghaib, ilmu hitam dan anak patung Kumanthong (roh anak ketuhanan dalam anak patung) untuk mencapai populariti. 

7. Dendam Pontianak (Malaysia)

Image via Netflix

Siapa yang tak suka cerita pontianak? Pontianak perempuan berambut panjang yang kejam itu membalas dendam berdarah.

Dendam Pontianak terletak di sebuah perkampungan kecil yang menyaksikan Khalid dan Siti membuat persiapan untuk hari perkahwinan mereka.

Tidak lama selepas itu, rentetan kematian yang mengerikan berlaku. Kejadian ghaib itu membuatkan semua penduduk kampung ketakutan dan paranoid. 

8. Roh (Malaysia)

Image via Netflix

Bermula dengan petikan al-Quran tentang syaitan, filem Roh merupakan kisah seram luar bandar yang membimbangkan.

Filem ini mengisahkan sebuah keluarga terpencil yang tinggal di pondok dalam hutan. Kemudian, beberapa kejadian ghaib yang menakutkan berlaku selepas seorang gadis kecil hilang dalam hutan itu.

Nak tahu apa kejadian seterusnya? Tunggu apa lagi, kena tengok sekarang!

9. Munafik and Munafik 2 (Malaysia)

Image via Netflix

Munafik dan Munafik 2 merupakan filem yang mengisahkan tentang akidah dan agama. Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya.

10. Eerie (Philippines)

Image via Netflix

Apabila kes bunuh diri seorang pelajar terjadi di sekolah perempuan Katolik, seorang kaunselor bimbingan mula was-was untuk menyelesaikan kematian misteri ini. Kejadian itu membongkar kezaliman masa lalu. 

Tak pasti nak tengok yang mana dulu? Refer guide di bawah ini. Selamat menonton! :D

Image via Netflix

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: