seismik

[VIDEO] Main Tangkap Itik Sambil Tutup Mata, Sekumpulan Mak Cik Ini Raih Komen Netizen

Sampai kesudah tak dapat.

Cover image via @dinnrrr (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sempena meraikan hari kemerdekaan Indonesia, warga kampung dilihat mengadakan pelbagai aktiviti dan sukaneka

Semangat mereka untuk menang dapat dilihat dalam video-video yang tular di TikTok. Antara permainan yang dipertandingkan adalah menangkap itik sambil ditutup matanya. 

Video sekumpulan mak cik kampung cuba untuk menang dalam perlawanan itu telah mendapat perhatian ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Meraba-raba sampai kesudah tak dapat tangkap itik

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan mak cik sedang menyertai pertandingan menangkap itik di kawasan lapang.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mata mereka ditutup dengan kain. Mereka dilihat dengan gigih meraba-raba atas lantai untuk cuba menangkap itik.

Lebih menghiburkan lagi apabila salah seorang mak cik tersentuh rakannya dan bertindak tolak mak cik itu tanpa sengaja. Perkara itu membuatkan semua terhibur.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Sampai 78 tahun sudah Indonesia, tapi rasanya masih belum ada yang menang tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 19M tontonan, 1M tanda suka dan 18K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mak cik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mak cik yang menang tu bertuah, boleh masak itik salai! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: