seismik

[VIDEO] Baik Hati Nak Bayarkan Kereta Belakang, Lelaki Belanja McD Ini Raih Pujian Ramai

Semoga murah rezeki bang.

Cover image via @qushayry11 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita sudah pasti sering dengar ayat 'dalam rezeki kita ada rezeki orang lain' bukan?

Sebab itu, kita disarankan untuk memberi kepada orang lain. Sebagai contoh, menderma, membuat sumbangan atau belanja orang yang memerlukan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki dilihat murah hati belanja kereta belakang McD masa drive-thru telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bayarkan dua kereta belakang masa drive-thru McD

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berada di dalam kereta sambil memesan McD melalui drive-thru.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah sifat pemudah lelaki itu yang sanggup bayarkan bil dua kereta di belakangnya. Tindakannya itu yang tidak menunjuk-nunjuk dan belanja orang yang tidak dikenali itu meraih pujian ramai. 

"Bang lepas ini pergi McD mana? Saya nak follow belakang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 123K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji tindakan lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Baiknya bang! Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: