seismik

"Tiket VIP Pun Tak Serapat Ini" - Pemuda Bertuah Dapat Jumpa Dengan Billie Eilish

Wah, memang rezeki dia.

Cover image via @kyll_lee13 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, penyanyi terkenal Amerika Syarikat iaitu Billie Eilish akan mengadakan konsertnya di Malaysia hari ini

Sejak semalam lagi, dapat dilihat penyanyi itu telah sampai di Malaysia dan aksinya yang bermain Go Cart di Sungei Wang juga sempat dirakam.

Tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pemuda yang berkesempatan berjumpa dan bergambar dengan Billie Eilish itu telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ramai cemburu dengan pemuda bertuah ini

Menerusi video berkenaan, kelihatan penyanyi terkenal itu sedang bermain Go Cart di Sungei Wang Plaza di Kuala Lumpur. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pemuda yang bekerja di situ dilihat dapat berjumpa dan bergambar dengan Billie Eilish setelah dia selesai bermain Go Cart.

Pemuda itu siap rakam aksi penyanyi terkenal yang sakan bermain Go Cart. Ramai cemburu dengan rezeki bertuah pemuda itu yang dapat berjumpa dengan Billie Eilish. 

"Untungnya abang dapat bergambar dgn dia. Yang pergi concert bukan dapat pun bergambar macam abang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 235K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bestnya jadi kau bang, jealous tengok! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: