seismik

"Aib Dik" - Semangat Berlumba Acara Sukaneka, Sekali Muka Lucu Ini Pula Bikin Dekah Ramai

Tak tahan gelak dik.

Cover image via @maydumpz (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Ramai orang memang suka menyertai acara sukaneka terutamanya dalam kalangan budak

Semangat kompetitif antara mereka dapat dilihat apabila bermain satu game itu. Dengan masing-masing nak menang permainan itu, memang pelbagai taktik dan effort yang dapat dilihat.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila budak kecil berlumba acara sukaneka tetapi reaksi lawak muka mereka telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@maydumpz

semangat lomba nya dek

Puddy Puddy - Drip Central

Semangat nak menang, sekali muka lucu jadi bahan lawak

Menerusi video berkenaan, kelihatan sedang berlangsungnya acara sukaneka di sebuah halaman kampung. 

Permainan itu memerlukan peserta untuk masukkan kepala dalam jaring dan pose aksi paling lawak. Apa yang lebih melucukan adalah apabila pose kedua-dua peserta itu sangat lucu sehinggakan ramai yang mentertawakan reaksi muka mereka. 

"Sampai terkentut aku ketawa dik" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 17M tontonan, 1M tanda suka dan 57K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat wajah budak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terus bertukar jadi orang Jepun kau ya dik! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: