seismik

"Siap Ada Sarang Lelabah" - Pengantin Terkejut Terima Barang Misteri Masa Unboxing Hadiah

Mungkin barang itu dah lama.

Cover image via @ninaaanana (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya buat para pengantin baru, mereka akan menerima pelbagai hadiah daripada tetamu semasa majlis perkahwinan bukan?

Banyak hadiah yang diterima antaranya barangan rumah, perkakas elektronik dan sebagainya. Tetamu akan memberikan hadiah kepada pasangan pengantin dengan seikhlas hati. 

Namun, tular sebuah video di TikTok apabila pasangan pengantin menerima barangan misteri semasa unboxing hadiah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ninaaanana

Tq sgt kpd pemberi sy appreciate awk nk bgi hadiah tp sorry sngt2 sy terpaksa buang #fyp #misteri

Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects

Dapat barang elektronik yang lama siap ada sarang labah-labah

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang membuat unboxing hadiah di ruang tamu sambil dibantu keluarga mereka.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mereka menerima sebuah kotak lama yang renyuk dan mempunyai sarang labah-labah.

Sebaik saja pengantin itu membuka kotak tersebut, mereka mendapati sebuah thermo pot yang sudah lama. Warnanya yang kekuningan itu membuatkan mereka tidak yakin dengan perkakas elektronik yang diterima.

"Ini tak misteri, saya pernah dapat hadiah kawin, berbalut tak bernama. Dalamnya tembikar atau pasu lama, buruk dalam tu ada kain perca buruk" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 516K tontonan, 9K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hmm. Husnuzon jelah, mungkin dia tersalah packing hadiah kot?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: