[VIDEO] Pelajar Nyanyi Lagu 'Tak Ingin Usai' Masa Sambutan Merdeka Ini Raih Komen Netizen
Kecil-kecil dah galau.
Setiap sekolah sudah pasti akan menyambut bulan kemerdekaan semasa perhimpunan bukan?
Masa itulah, pelajar dan guru akan menyanyi lagu patriotik sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Ada juga persembahan yang disediakan oleh guru dan pelajar.
Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan pelajar sekolah di Sabah menyanyi lagu hit Indonesia selepas sambutan kemerdekaan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hafal lirik lagu 'Tak Ingin Usai' dan nyanyi dengan sepenuh hati
Menerusi video berkenaan, kelihatan para pelajar di sekolah itu sedang menghadiri perhimpunan mingguan mereka.
Ketika itu, pihak sekolah sedang mengadakan sambutan merdeka sempena bulan kebangsaan. Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila semua pelajar itu dilihat menyanyikan lagu Indonesia berjudul Tak Ingin Usai oleh Keisya Levronka.
Perkara itu mengejutkan ramai orang kerana tidak sangka mereka siap hafal lagu galau yang sedang hit.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Zaman aku dulu, nyanyi lagu anak itik tokwi je" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 119K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!