seismik

[VIDEO] Khabar Angin Terowong LRT Kelana Jaya Dibina 'Bawah Kubur' Ini Raih Pelbagai Komen

Ada yang kata terowong itu terletak di antara stesen Dang Wangi ke Kampung Baru.

Cover image via Malaysia Gazette & Wikipedia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai yang berulang alik pergi ke pejabat menggunakan pengangkutan awam yang disediakan

LRT laluan Kelana Jaya merupakan laluan yang paling sibuk terutamanya waktu peak hours. Laluan itu juga merupakan laluan pertukaran kepada pengguna yang ingin menukar pengangkutan seperti KTM atau MRT. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan animasi laluan LRT Kelana Jaya itu yang dibina di bawah kubur telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ada yang siap tengok Google Maps dan rupa-rupanya memang ada kawasan kubur

Menerusi video berkenaan, kelihatan video animasi yang berdurasi 22 saat telah dimuat naik di media sosial TikTok.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila rakaman itu menunjukkan sebuah laluan LRT dibina di bawah kubur berdekataan KLCC yang terletak di Jalan Ampang. Perkara itu menimbulkan sifat rasa ingin tahu antara netizen.

Kemudian, tidak lama itu ada seorang pengguna TikTok juga memuat naik video yang menunjukkan lokasi sebenar terowong laluan LRT Kelana Jaya menggunakan Google Maps.

Lihat video sambungan itu di bawah:

Rupa-rupanya banyak juga misteri yang berlaku di kawasan itu

Menurut sumber, pernah terjadi perkara-perkara misteri yang berlaku di terowong laluan LRT Kelana Jaya. 

Antaranya, kelibat seakan-akan lelaki berjubah putih mengintai di sebalik tangga di salah satu hentian laluan LRT Kelana Jaya pada jam 1 pagi pernah dijumpai.

Image via Berita Harian

Tambahan lagi, ketika wartawan BH menyertai petugas RapidKL, dia pernah menyusuri terowong laluan bawah tanah yang terletak lebih 40 meter di bawah Tanah Perkuburan Islam Ampang.

"Sebagai orang Kg Baru, ini ada lah salah satu fakta. Stesen Dang Wangi ke Kg Baru memang akan melalui bawah kubur" -Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6M tontonan, 315K tanda suka dan 7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dulu tak tahu, sekarang dah tahu ni rasa seram pula! :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: