seismik

Ini Kisah Disebalik 'Bayi Pakai Lampin' Yang Ada Di Depan Paket Snek Muruku Ikan PoPo

Fun fact, pemilik syarikat ini dimiliki oleh orang Cina.

Cover image via Shopee

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah tentu ramai yang suka makan snek sambil menonton TV bukan?

Siapa saja yang tidak mengenali snek muruku ikan oleh PoPo, rasanya yang enak memang membuatkan kita asyik rasa nak makan je. Satu paket kecil memang tak cukup! 

Kadangkala, ia akan jadi rebutan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Namun tahukah anda, sebenarnya jenama ini dimiliki oleh orang Cina dan bukan orang India. 

Sebagai rakyat Malaysia yang membesar dengan kehadiran snek ini, pasti kita sangka muruku ini dihasilkan oleh orang India kerana muruku merupakan salah satu kuih mereka. 

Ini sedikit sebanyak tentang sejarah penubuhan Muruku ikan PoPo

Image via mmetal.com.my

PoPo Muruku Ikan dimiliki oleh orang Cina di negara kita. Dahulunya, arwah Foong Chek Lung mengembangkan syarikatnya yang dikenali Thein Cheong. Beliau sekeluarga memulakan perniagaan secara sederhana, dengan menjual barangan isi rumah dari pintu ke pintu menaiki basikal di Pulau Pinang.

Kemudian, mereka berusaha mecipta snek tradisional menggunakan pemprosesan ikan bilis yang akhirnya menjadi Muruku ikan pada tahun 1970-an.

Kenapa bayi berlampin dijadikan gambar paket snek ini? Ini rupa-rupanya...

Image via Gular Mart

Menurut syarikat itu, Foong Chek Lung memilih logo bayi ikonik kerana ia dijadikan peringatan baginya supaya bekerja keras untuk menyara anak sulung dan keluarganya.

Beliau menamakannya PoPo kerana ia bermaksud 'Baobao' dalam bahasa Mandarin. Nama itu menjadi satu kejayaan kerana mudah diingati oleh ramai pelanggan.

Sehingga hari ini, Muruku Ikan PoPo mempunyai pelbagai jenis perisa yang boleh didapati di pasaran! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: