"Jalan-Jalan Cuci Mata" - Ini 5 Pop-Up Store Best Untuk Lepak Masa Hujung Minggu
Ajak your bestie!
Bosan masa hujung minggu tak tahu nak pergi mana? Tak nak jalan shopping mall?
Jangan risau, edisi kali ini kami kongsikan tempat-tempat best yang boleh ajak kawan-kawan anda berjalan dan lepak. Bukan setakat boleh OOTD sebab instagrammable, anda juga boleh shopping barang lokal!
Tunggu apa lagi? Jom plan your weekend!
1. The Messy Club
The Messy Club merupakan satu organisasi yang mengadakan tempat 'healing', termasuklah pop-up events, workshop dan macam-macam lagi.
Yang bestnya, mereka mempunyai tema yang berlainan setiap minggu seperti tema piknik, vintage, bunga dan banyak lagi tema unik. Pelbagai vendor seperti baju, desserts, makanan dan minuman hasil lokal yang ada di booth tau.
Tempat yang diadakan juga berbeza setiap minggu. Mereka juga menawarkan bengkel melukis dan mewarna. Perfect for you and your bestie untuk spend time!
Instagram: @themessyclub_
2. Rumah Tangsi
Rumah Tangsi merupakan pusat komuniti yang menyediakan tempat untuk pelbagai vendor termasuklah peniaga lokal. Apa yang menariknya, di sini mempunyai vibes yang sangat menarik. Anda boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan bandar KL yang indah.
Instagram: @rumahtangsi
Alamat: 10, Jalan Tangsi, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
3. The Pasar KL
Siapa yang rasa bosan hujung minggu boleh lah singgah ke Pasar KL di Chinatown ini.Pelbagai vendor yang menjual barang-barang preloved mereka di situ. Daripada baju hingga ke aksesori ada dijual di sini. Jom check out!
Instagram: @thepasarkl
Alamat: Chinatown, My Naturi Clubhouse, 123, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
4. Kedai KL
Kedai KL beroperasi setiap minggu dengan vendor yang berbeza. Anda boleh shopping macam-macam di sini. Ada booth baju, desserts, minuman, buku, aksesori dan banyak lagi. Yang bestnya, di sini memang sangat Instagrammable. Terdapat juga restoran dan kafe hispter tau.
Instagram: @kedai.kl
Alamat: Block B, Level 2, MAHSA Avenue Jalan Universiti, Off, Jalan Ilmu, 59100 Kuala Lumpur.
5. Tiffin At The Yard
Tiffin At The Yard menyediakan pelbagai vendor makanan dan minuman. Di sini juga ada persembahan live band untuk para pengunjung. Bolehlah makan sambil mendengar muzik. Apa yang unik adalah di sini merupakan tempat pet friendly!
Instagram: @tiffineats
Alamat: PT189-PT183-PT185 Jalan Strachan, Off, Jln Ipoh, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!