"Mandi Sambil Nikmati View Indah" - Ini 6 Hotel & Airbnb Dengan Infinity Pool Yang Cantik
Sangat Instagrammable!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Percutian atau staycation dengan rakan-rakan atau keluarga sudah pasti dapat menghilangkan rasa stres seketika
Suasana yang meriah dan riuh itu memang akan dijadikan kenangan dan memori terindah. Bukan setakat itu, hubungan antara satu sama lain juga dapat dieratkan lagi dengan pelbagai aktiviti dilakukan.
Sudah tentu ramai yang sedang mencari tempat tinggal seperti hotel atau Airbnb untuk ditempah bukan? Jom lihat tempat best yang mempunyai infinity pool, boleh lah mandi-manda sambil menikmati pemandangan yang indah.
1. Regalia Residence, Kuala Lumpur
Regalia Residence merupakan kondominium mewah yang terletak di tengah-tengah bandar. Kolam renang yang luas dengan dihiasi pemandangan seluruh Kuala Lumpur itu telah menarik perhatian ramai pelancong luar negara mahupun tempatan.
Pelbagai jenis bilik tersedia mengikut tuan rumah masing-masing. Anda boleh menempah melalui laman web Airbnb. Tunggu apa lagi? Jom terjun sambil menikmati pemandangan indah!
Ketahui info lebih lanjut di sini.
2. Platinum Suites, Kuala Lumpur
Platinum Suites juga merupakan kondominium mewah yang terletak di bandar Kuala Lumpur. Bangunan yang megah ini sememangnya cantik dan elegan dari segi interior dan exteriornya. Semestinya, infinity pool di sini menjadi tarikan ramai. Dapat berenang sambil menikmati pemandangan Menara KL, memang syok!
Anda juga boleh menempah bilik melalui laman web Airbnb. Pilih saja bilik yang sesuai dengan bilangan orang dan selamat berstaycation!
Ketahui info lebih lanjut di sini.
3. Expressionz Professional Suites, Kuala Lumpur
Persekitaran yang cukup cantik dan segar. Dipenuhi dengan pokok-pokok menghijau walaupun ia terletak di tengah bandar iaitu di Jalan Tun Razak. Selain kolamnya yang menjadi tarikan, konsep yang diketengahkan juga sangat selesa dengan mempunyai kelengkapan gym dan taman permainan untuk kanak-kanak.
Anda boleh membuat tempahan melalui laman web Airbnb. Banyak jenis bilik yang tersedia di rumah mewah ini.
Ketahui info lebih lanjut di sini.
4. Aloft Hotel, Kuala Lumpur
Hotel Aloft terletak di Kuala Lumpur Sentral. Anda masih lagi dapat menikmati pemandangan yang indah di kolam renang mereka walaupun anda tidak akan nampak bangunan KLCC dan Menara KL. Suasana yang sangat tenang memang sangat sesuai untuk keluarga anda!
Ketahui info lebih lanjut di sini.
5. The Kuala Lumpur Journal, Kuala Lumpur
Vibes di sini memang seperti luar negara, penuh dengan warna-warni. Tengok saja pun dah buat hati gembira. Setiap sudut di tempat ini memang sangat Instagrammable, confirm ceria bila anda dapat datang ke sini.
Ketahui info lebih lanjut di sini.
6. Komune Living, Bangsar
Konsep yang diketengahkan di hotel Komune Living ini sangat eksklusif dan mewah. Selain mempunyai kolam renang yang berlatarbelakangkan menara TM, hotel ini juga menyediakan pelbagai ruangan awam seperti bilik games, bilik laundry dan sebagainya.
Ketahui info lebih lanjut di sini.