seismik

"Orang Gila" - Individu Jual Gambar Budak Untuk Jadi Bahan Seks, Ramai Telah Buat Laporan

Gambar itu dijual di platform Shopee.

Cover image via @softcrocodile (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, terdapat pelbagai platform untuk peniaga menjualkan barangan dan produk mereka

Sebagai contoh, peniaga boleh menjual produk di e-commerce seperti Shopee atau Lazada. Namun, kemudahan ini sepatutnya tidak disalahgunakan oleh pihak peniaga. 

Baru-baru ini, tular sebuah gambar di Twitter yang memaparkan seorang seller di Shopee menjual gambar budak untuk dijadikan bahan seks telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Jual gambar budak dengan harga RM6942

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa keping gambar yang telah discreenshot kemudian dimuat naik ke media sosial Twitter. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila gambar tersebut memaparkan gambar-gambar budak kecil. Seller tersebut siap melabel 'barang boek untuk dijual'. Malah, harganya mencecah sehingga RM6K. 

Lebih menakutkan lagi adalah apabila dia menjual gambar-gambar itu untuk dijadikan bahan seks. Ramai yang telah melaporkan akaun tersebut ke pihak Shopee. 

"Persoalannya macam mana boleh lepas listing. Sedangkan nak letak produk untuk dijual Shopee akan review dulu" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1K retweets, 216 quote tweets dan 1K likes di Twitter, rata-rata netizen turut terkejut dengan situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Dalam pada itu, pihak Shopee telah membuat tindakan ke atas seller berkenaan.

Takut betul dengan orang macam tu, jom ramai-ramai report akaun tu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: