seismik

"Itu Moshing" - Suka Hati Label Orang Golongan B40, Page Twitter Ini Terima Kecaman Teruk

Tak baik main label orang macam tu.

Cover image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis genre muzik yang ada dalam industri hiburan

Salah satunya adalah muzik punk rock. Kebiasaannya, kalau pergi ke festival muzik genre tersebut, akan adanya moshing.

Moshing
merupakan tarian ekstrem yang melibatkan pelanggaran tubuh antara satu sama lain untuk tujuan mengekspresikan diri terhadap muzik.

Baru-baru ini, tular sebuah video anak muda moshing di sebuah festival muzik. Namun, terdapat satu page Twitter bertindak mengecam dan melabel mereka telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting itu di bawah: 

Selamba label pengunjung daripada kalangan B40

Menerusi posting tersebut, seorang admin di Page Twitter telah memuat naik video yang tular itu dengan bersertakan kapsyen.

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila kapsyen tersebut berbentuk melabel anak-anak muda itu merupakan golongan B40 dan meminta pihak berkuasa untuk tidurkan mereka.

"Cara anak-anak B40 berhibur. Minta kkm tidur kan semuanya", tulisnya.

Ketika artikel ini ditulis, posting itu telah meraih 567 retweets, 1K quote tweets dan 800 likes di Twitter

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menyuarakan pendapat mereka yang tidak bersetuju dengan admin page tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Lain orang lain caranya nak berhibur, tapi tak baik kalau sampai label-label orang macam itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: